Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki keluaran tidak berdaftar, syarikat didenda RM10,000

-

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat kosmetik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas kesalahan memiliki keluaran tidak berdaftar.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap E-Novoel Trading Sdn Bhd, selepas wakil syarikat terbabit mengaku bersalah mengikut Seksyen 7 (1) (a) PeraturanP­eraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Syarikat berkenaan didapati memiliki dua jenis keluaran tidak berdaftar pada 24 Mac jam 11 pagi di Kompleks Karamunsin­g, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama sepasukan pegawai Farmasi membuat pemeriksaa­n di premis berkenaan dan merampas tiga jenis keluaran.

Hasil pemeriksaa­n lanjut yang dilakukan, didapati dua daripada keluaran berkenaan tidak berdaftar.

Semasa rayuan, wakil pihak syarikat memohon dikenakan hukuman yang ringan.

Bagaimanap­un, pegawai pendakwa dari Jabatan Farmasi meminta hukuman yang berat dengan mengambil kira risiko kepada kesihatan orang ramai.

Dalam kes berasingan, sebuah lagi syarikat didenda RM6,000 oleh mahkamah selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan yang sama.

Borneo Islamic Media Sdn Bhd didapati memiliki sembilan jenis produk yang tidak berdaftar, pada 11 Januari jam 11 pagi di The House Of Islamic, Wisma Yakin, di sini.

Semasa rayuan, wakil syarikat berkenaan menyatakan tidak mengetahui sekiranya produk terbabit tidak berdaftar kerana diperolehi daripada pembekal tempatan.

Namun pihak pendakwaan menegaskan, produk terbabit diimport dan premis yang berada di tengah-tengah ibu negeri akan menjejaska­n imej negara, kerana menjual keluaran yang diragui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia