Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur curi telefon pintar kena 18 bulan dan denda RM2,000

-

KOTA KINABALU: Seorang penganggur warga asing dikenakan penjara 18 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencuri dua telefon pintar.

Al-Najil Otoh, 21, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Tertuduh bersama dengan dua rakannya yang masih bebas mencuri dua telefon pintar berkenaan daripada dua lelaki, pada 30 Julai jam 3 pagi, di bilik kawalan Centre Point, di sini.

Atas kesalahan itu, Al-Najil disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh dua minggu dikenakan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari sama satu laporan tangkapan terhadap tertuduh dibuat, bertempat di tempat kejadian.

Hasil pengecaman kawad cam yang dijalankan, pengadu dan saksi mampu mengecam tertuduh yang membawa lari telefon pintar milik mereka.

Semasa rayuan, Al-Najil yang tidak diwakili peguam meminta hukumannya diringanka­n, namun Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin menegaskan hukuman setimpal perlu dijatuhkan.

Selesai menjalani tempoh penjara itu, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia