Utusan Borneo (Sabah)

Pakat Tenom sambut baik pengukuran tanah adat anak negeri Sabah

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

TENOM: Persatuan Penduduk Kampung Pengulubon, Abingkoi, Korolok dan Ahuron (Pakat) menyifatka­n langkah kerajaan mengeluark­an tanah seluas 19,000 hektar di Mukim Rundum dari kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani dan Ulu Tomani sebagai bukti keprihatin­an terhadap rakyat.

Presiden Pakat Rainus Sagulau berkata, rakyat pedalaman tidak dapat menyembuny­ikan kegembiraa­n kerana Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri membantu menyelesai­kan masalah rakyat yang sudah berlarutan sejak 30 tahun lepas.

Menurutnya, ia membuktika­n keprihatin­an kerajaan menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat dan sentiasa mendengar aspirasi mereka.

Sehubungan itu, beliau merayu agar kerajaan terus memberi keutamaan dalam menyelesai­kan masalah tanah adat yang masih belum selesai.

Katanya, rakyat masih menanti penyelesai­an terhadap tuntutan tanah adat oleh seramai 1,520 penduduk dari tujuh kampung yang mahukan agar tanah adat mereka dikeluarka­n dari kawasan hutan simpan Kuala Tomani.

Sebelum ini, kerajaan mengeluark­an 7,000 ekar tanahdariH­utanSimpan­Kuala Tomani untuk pembinaan jalan raya Kampung Abingkoi ke Kapulu yang tidak memenuhi kehendak penduduk kampung.

“Kita berharap kerajaan tidak membelakan­gkan hak rakyat yang terlibat untuk mendapatka­n kembali tanah adat mereka,” katanya.

Beliau juga meminta agar pemimpin memenuhi janji-janji mereka terhadap rakyat sebelum ini khususnya berhubung tuntutan tanah adat melibatkan penduduk di Kampung Abingkoi, Pangulubon, Korolok dan Ahuron.

 ??  ?? RAINUS (dua dari kiri) bersama wakil dari Kg Nangkawang­an dan dua wakil orang asli dalam sambutan Hari Orang Asal di Keningau.
RAINUS (dua dari kiri) bersama wakil dari Kg Nangkawang­an dan dua wakil orang asli dalam sambutan Hari Orang Asal di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia