44 Ronin Stage pertaruh Teater Boneka Hidup di FTN2017
KOTA KINABALU: Teater Boneka Hidup bakal dipentaskan di Festival Teater Negeri Sabah (FTN2017) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Auditorium Kompleks JKKN Sabah pada 4 Oktober.
FTN2017 berkonsepkan pertandingan yang memperlihatkan 10 kumpulan berentap bagi merebut gelaran juara terdiri daripada tujuh kumpulan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan tiga kumpulan NGO budaya, masing-masing mewakili daerah Kota Kinabalu, Kudat dan Tawau.
Sepuluh pementasan teater akan bertanding termasuk Teater Boneka Hidup (Produksi 44 Ronin), Dari M Ke M (Karma), Rumah Lama Kampung Baru (Seni Keatif UMS), Mambo Horses (Stage Production), Kompek Hitam (Borneo Komrad), Mencintai Xiang Li (Badan Bahasa), Ratna Kadahal (Karyawan Seni Warisan Keris), Tragidi Salmah (Creative Stage), Gambus Maulana (Sukud Kudat) dan Gong (Rusta Tawau).
Arahan Stacy Ezra Jaim, NaskahTeaterBonekaHidup karya Roydy Rokidy Teater Boneka Hidup mengisahkan seorang pemain boneka yang berusaha memujuk tuan besar pemilik tempat itu ingin menghalaunya kerana semakin lama persembahan boneka dipentaskan semakin kurang dapat sambutan.
Kemunculan bonekaboneka yang tidak berpuas hati akan sikap manusia dalam perebutan sebuah kerusi keramat nafsu dan keterdesakan mereka membawa hanyut dalam konflik ini. Persoalan timbul siapakah yang mampertahankan kerjaya sebagai boneka dan siapa yang duduk kerusi itu.
Lakonan Mohd Azwan Irwan, Mohammad Fahreen Bedu, Mohammad Javid Khan, Alenaros Azis, Mohd Ilham Kasmir, Mohd Rahmat Mosa, Steveelon Sait, Phikcheat A/L Enching dan Wan Muhammad Zulkiflie, ia menjanjikan kelainan untuk Teater Boneka Hidup berbanding pementasan sebelumnya.
Kejayaan pementasan Teater Boneka Hidup pada 30 dan 31 Mac di Dewan Resital UMS, Produksi Teater 44 Ronin Stage mengangkat semula naskah teater ini untuk bertanding di peringkat lebih tinggi khususnya FTN2017 pada Oktober.