Utusan Borneo (Sabah)

200 penduduk dapat rumah sewa

Yahya serah kunci PPR Taman Sri Keramat Ketiau

-

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyerahka­n kunci rumah kepada 200 penduduk daerah ini yang layak menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat Ketiau pada Khamis.

Fasa pertama penyerahan kunci itu telah diadakan di Dewan PPR Taman Sri Keramat dengan turut disaksikan oleh Pegawai Daerah Putatan Awang Abd Ghani Pg Yusof, Ketua Daerah Putatan OKK Haji Yunus Ismail, Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah Putatan Awang Saifudin Haji Jumat dan wakil Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, rakyat di negeri ini sangat beruntung kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu prihatin terhadap nasib golongan berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan BN mendirikan perumahan PPR di seluruh negara termasuk di Putatan untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah memiliki kemudahan perumahan.

“Hanya dengan kadar sewa yang rendah iaitu sekitar RM160 sebulan, rakyat dapat menduduki rumah pangsa yang memiliki tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, dapur dan lain-lain kemudahan,” katanya.

Beliau yang juga Adun Petagas mengingatk­an mereka yang dipilih menduduki perumahan PPR Taman Sri Keramat Ketiau agar tidak menyewakan­nya kepada orang lain untuk mengaut keuntungan.

“Rakyat yang mendapat kemudahan perumahan PPR harus berterima kasih kepada kerajaan BN yang terus berusaha membantu meningkatk­an kualiti hidup dan kesejahter­aan mereka,” katanya.

PPR Taman Sri Keramat Ketiau mempunyai sebanyak 696 unit melibatkan kos pembinaan sebanyak RM127.5 juta.

Kerajaan BN mendirikan perumahan PPR di seluruh negara termasuk di Putatan untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah memiliki kemudahan perumahan. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? YAHYA (bersongkok) secara simbolik menyerahka­n replika kunci kepada penerima yang layak di majlis itu.
YAHYA (bersongkok) secara simbolik menyerahka­n replika kunci kepada penerima yang layak di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia