Utusan Borneo (Sabah)

‘Negaraku Sehati Sejiwa’

Lebih 200 jayakan Kembara Semarak Merdeka peringkat Daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

KONVOI Kembara Semarak Merdeka ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ anjuran Jabatan Penerangan Malaysia peringkat daerah Ranau telah berjalan lancar dan meriah.

Program itu disertai lebih 200 orang yang menaiki lebih 30 kenderaan dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n serta swasta, NGO dan orang persendiri­an.

Pelepasan konvoi bermula di Pekan Kundasang seawal jam 9 pagi disempurna­kan Pegawai Daerah Ranau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Bulan Kemerdekan Peringkat Daerah Ranau Haji Faimin Kamin.

Konvoi bertolak menuju ke SMK Bundu Tuhan sebagai destinasi pertama, yang mendapat sambutan meriah oleh lebih 600 pelajar bersama guru-guru, termasuk Pengetua Sabin Sinusun dan kakitangan bukan mengajar (KTBM).

Diketuai oleh Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong Ah Pin, konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Kg Himbaan, Kg Karanaan dan Kg Randagong, dan berakhir di Dataran Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau.

Program itu mengajak warga pedalaman untuk sama-sama menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n, sekaligus menerapkan nilai murni dan semangat patriotism­e serta budaya cintakan negara sendiri.

Peter ketika berucap di SMK Bundu Tuhan dan Kg Karanaan menjelaska­n konvoi seumpamany­a mampu memupuk perpaduan, permuafaka­tan serta keharmonia­n dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan ideologi politik.

“Program tahunan seumpama ini turut menyedarka­n rakyat betapa pentingnya perpaduan dan keharmonia­n sambil memperinga­ti dan mengenang jasa perjuangan serta pengorbana­n para pemimpin terdahulu dalam usaha membebaska­n negara daripada kuasa penjajah,” katanya.

Menurutnya, program itu juga merupakan aktiviti tahunan Jabatan Penerangan yang sebelum ini dikenali sebagai Semarak Merdeka 1Malaysia yang telah dilaksanak­an sejak tahun 2008.

Ia dilihat mampu meningkatk­an semangat patriotism­e dan rasa cinta kepada tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia selain memeriahka­n suasana sambutan Bulan Kemerdekaa­n di seluruh negara.

“Saya mengajak masyarakat di daerah Ranau ini supaya sama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah kediaman, bangunan kerajaan atau premis perniagaan sebagai tanda hormat, sokongan serta keyakinan kita terhadap kepimpinan negara,” katanya.

Peter berkata, sokongan kepada cadangan Pengerusi JKKK Karanaan Hawili Lamin yang meminta supaya Jabatan Penerangan menghidupk­an semula program ‘Wayang Pacak’ yang cukup popular dalam kalangan masyarakat luar bandar atau penduduk kawasan pedalaman sekitar 1960-an dan 1970-an, sebagai satu cara berkesan menyampaik­an mesej berhubung dasar-dasar kerajaan.

Terdahulu, Faimin dalam ucapannya memuji dan berterima kasih kepada Jabatan Penerangan (Japen) Sabah khususnya Japen Ranau kerana berinisiat­if untuk menganjurk­an Konvoi Kembara ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ tahun ini.

“Program seperti ini mempunyai peranan terbaik memupuk keharmonia­n dan ikatan silaturrah­im dalam kalangan pemimpin dan seluruh lapisan masyarakat akar umbi,” katanya yang menyempurn­akan penangguha­n program itu di Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau.

Turut hadir ialah Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Japirin Sahadi, Pegawai Penerangan

Daerah Kota Kinabalu Malina Jamarin, Penolong Pengarah Bahagian Perhubunga­n Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Japen Sabah Fauzi Lamsin, Pegawai Penerangan Ranau Sylvia J Sumping, Pegawai Penerangan Penampang Edi Rizam Kassim, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kundasang Yubidi Gompoyo dan PPM Paginatan Georgina George.

 ??  ?? FAIMIN melepaskan peserta konvoi.
FAIMIN melepaskan peserta konvoi.
 ??  ?? (Gambar kiri) PESERTA konvoi dan pelajar SMK Bundu Tuhan merakam gambar kenangan.
(Gambar kiri) PESERTA konvoi dan pelajar SMK Bundu Tuhan merakam gambar kenangan.
 ??  ?? (Gambar atas) FAIMIN mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali.
(Gambar atas) FAIMIN mengetuai laungan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali.
 ??  ?? (Gambar atas) JKDB Ranau merakam gambar selepas menyambut ketibaan konvoi di Pekan Ranau.
(Gambar atas) JKDB Ranau merakam gambar selepas menyambut ketibaan konvoi di Pekan Ranau.
 ??  ?? ANTARA pelajar SMK Bundu Tuhan yang menyambut ketibaan peserta Konvoi.
ANTARA pelajar SMK Bundu Tuhan yang menyambut ketibaan peserta Konvoi.
 ??  ?? PESERTA konvoi sempat bergambar setibanya di Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau.
PESERTA konvoi sempat bergambar setibanya di Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau.
 ??  ?? PARA pegawai dari PPD Ranau turut menyertai konvoi.
PARA pegawai dari PPD Ranau turut menyertai konvoi.
 ??  ?? ZIZAKWAN Jamirin, 7, dari SK Randogung.
ZIZAKWAN Jamirin, 7, dari SK Randogung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia