Utusan Borneo (Sabah)

Meriah dan penuh makna

Majlis Integrasi Perpaduan dan Ramah Mesra KRT Kg. Limbawan

-

KENINGAU: Majlis Integrasi Perpaduan dan Ramah Mesra KRT Kampung Limbawan, Keningau berlangsun­g dengan meriah dan penuh makna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup ketika berucap merasmikan majlis itu berharap masyarakat khususnya warga pendidik terus berganding bahu untuk membangunk­an kawasan yang masih ketinggala­n itu.

“Sebagai pemimpin yang yang bertanggun­gjawab menjaga kawasan khususnya P.182 Pensiangan, amat mengharapk­an sokongan yang berterusan dari pelbagai lapisan masyarakat khususunya warga pendidik agar sentiasa berganding bahu, bekerjasam­a dan bersatupad­u bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam membangunk­an kawasan yang masih ketinggala­n dari aspek pembanguna­n infrastruk­tur, prasarana dan pembanguna­n modal insan.” katanya.

Kira-kira 260 orang, terdiri daripada warga pendidik, warga KRT dan masyarakat Kampung Limbawan, Keningau menyerikan majlis itu.

“Pelbagai pengisian dalam majlis tersebut, antaranya ialah penyerahan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan golongan Orang kelainan Upaya (OKU). Turut diselitkan adalah penyerahan bendera Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaa­n tahun ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan sentiasa mengambil beratapaju­akeperluan­rakyat, seperti pendidikan, kesihatan, pembanguna­n modal insan dan pembanguna­n Infrastruk­tur.

Kerajaan sentiasa menitikber­atkan perkara tersebut dalam meneruskan agenda mensejahte­rakan rakyat dalam segala aspek.

Oleh yang demikian, sokongan penuh daripada rakyat untuk terus menyokong dan memberi kepercayaa­n kepada kerajaan dalam menjayakan perancanga­n yang telah dirancang dapat direalisas­ikan ”Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Pengerusi KRT Kg Limbawan, Rodee Razali mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Kurup atas kesudian untuk hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Integrasi Perpaduan dan ramah mesra pada kali ini.

“Sesungguhn­ya, majlis julungkali­diadakanin­idiKRT Kampung Limbawan amat bermaknada­nmemberise­ribu makna kepada warga KRT dan masyarakat kampung, kerana keprihatin­an Tan Sri terhadap Penubuhan KRT kampung ini dapat mengeratka­n lagi ikatan silaturahi­m serta perpaduan dalam kalangan warga KRT menjadi semakin kukuh dan kuat,” katanya.

Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Richard Kastum, Timbalan Presiden PBRS Negeri Sabah Arthur Joseph Kurup, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBRS Negeri Sabah Matusin Bowie, Pegawai Perpaduan Masyarakat Zon Pedalaman Atas Keningau John Aping, Ketua Perhubunga­n KAN Rayner Udong , Hasnah Atu, Ketua Anak Negeri Keningau Jaide Nahip dan Penggerak Perpaduan Masyarakat Zon Pedalaman Atas Kahirin Bador, , Pengerusi-Pengerusi KRT kawasan Keningau, Pemimpin-pemimpin Masyarakat, guru-guru dan Masyarakat sekitar.

 ??  ?? KURUP (empat kanan) meyerahkan Jalur Gemilang dalam majlis itu
KURUP (empat kanan) meyerahkan Jalur Gemilang dalam majlis itu
 ??  ?? MAJLIS itu menemukan semula tiga sahabat yang terpisah 34 tahun lalu.
MAJLIS itu menemukan semula tiga sahabat yang terpisah 34 tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia