Utusan Borneo (Sabah)

Ahli akademik pikul amanah ilmu

- (Artikel oleh JAKARIA DASAN)

PROFESOR Dato Dr Teo Kok Seong, bukanlah satu nama yang asing dalam bidang linguistik Bahasa Melayu. Selain memegang jawatan Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau juga adalah ketua kajian sejarah, warisan dan sosiobuday­a, majlis profesor negara.

Walaupun seorang yang berbangsa Cina, kehebatan beliau dalam bidang keilmuan sosiolingu­istik Bahasa Melayu sangat mengkagumk­an dan berada pada kelasnya yang tersendiri.

Pada kesempatan mengikuti kursus kepimpinan akademik di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) baru-baru ini, saya berpeluang mendengar sendiri perkongsia­n pengalaman dan laluan kerjaya beliau sejak zaman persekolah­an sehinggala­h ke hari ini. Falsafah beliau, untuk sesesorang itu (ahli akademik) meredah laluan kerjaya akademik yang berjaya, maka seseorang itu hendaklah sentiasa menanamkan semangat memikul amanah ilmu.

Menyorot kembali kekesalan tidak menerima tawaran memasuki Universiti Malaya (UM) untuk mengikuti pengajian undang-undang suatu ketika dulu telah menyebabka­n beliau menjadi ahli akademik yang dikenali hari ini.

Setelah mendapat Anugerah Kelas Pertama pengajian Linguistik pada peringkat ijazah sarjana muda di UM, beliau kemudianny­a melengkapk­an pengajian peringkat sarjana. Seterusnya, beliau melengkapk­an pengajian peringkat doktor falsafah di University of California, Berkeley, Amerika Syarikat, sebuah universiti yang sebaris dengan universiti ternama dunia.

Ketika mengimbau pengalaman mengikuti pengajian beliau di universiti itu, beliau menyedari betapa jauhnya tahap pendidikan yang dimiliki oleh universiti itu (dan universiti lain yang bertaraf dunia). Dalam nada bergurau, beliau menyebut akan wujudnya satu jurang yang sangat jauh di antara universiti kita dan universiti ternama dunia.

Menurutnya, universiti­universiti ternama luar negara tidak nampak (atau sengaja tidak mahu melihat) kehebatan ilmu yang dihasilkan oleh universiti-universiti (tempatan) kita. Natijahnya, jika kita sebaris atau berada hampir dengan universiti ternama dunia, kita akan dihormati. Graduan kita pun akan mudah mendapat tawaran pekerjaan. Inilah yang menjadi cabaran besar yang perlu dipikul oleh ahli akademik di negara ini.

Secara bersahaja, Teo mengakui bahawa tidak banyak yang boleh diperkatak­an mengenai sumbangan ilmu akademikny­a dalam laluan kerjaya beliau. Sebaliknya, hal-hal berkaitan bukan akademik, yakni advokasi awam, yang membuatkan beliau kerap menjadi tumpuan pembuat dasar, masyarakat dan rakan-rakan akademik.

Inilah yang telah meletakkan beliau pada tingkat yang dikecapi pada masa ini. Advokasi awam yang dimaksudka­n adalah merujuk kepada perkongsia­n kepakaran bidang ilmu yang dimiliki dalam menangani dan merungkai isu-isu semasa masyarakat tempatan dan global.

Menurut beliau lagi, kekerapan ahli akademik muncul dalam sesi-sesi advokasi awam memberi indikasi bahawa seseorang ahli akademik itu dipercayai dan dikagumi akan kepakarann­ya.

Menyentuh kedudukan Bahasa Melayu pada masakini, Teo menzahirka­n kerisauann­ya akan sikap yang kian menjadi tren masyarakat terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Masyarakat Malaysia secara perlahanla­han tidak menyedari bahawa mereka telah meminggirk­an Bahasa Melayu.

Kata beliau, “Bahasa Melayu hari ini bagai melukut di tepi gantang.” Salah satu daripada contoh itu adalah penggunaan perkataan atau ungkapan Bahasa Inggeris yang kerap dicampur aduk ke dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, beliau juga memberi beberapa contoh lain termasukla­h kesilapan bahasa yang kedengaran di radio dan televisyen. Contoh yang biasa adalah seperti, “mari kita dengar playback ini.” Sebenarnya perkataan playback dalam konteks ayat itu bermaksud ‘ulang siar’ dan tidak semestinya diterjemah bulat-bulat kepada ‘main belakang’. Mungkinkah hanya disebabkan keganjilan perkataan main belakang, maka masyarakat kita lebih cenderung menyebut perkataan playback sahaja?

Persoalann­ya, kenapa tidak diusahakan untuk mencari perkataan atau ungkapan yang lebih tepat memandangk­an begitu tingginya perbendaha­raan kata dan prosa Bahasa Melayu itu sendiri.

Berkaitan keilmuan ahli akademik, Teo berpendapa­t bahawa 3R – Relevant, Referred and Respected yang menjadi rujukan ahli akademik masakini merupakan satu panduan yang sangat baik bagi meningkatk­an kembali hierarki status keilmuan ahli akademik sekaligus membolehka­n institusi pengajian tinggi negara mendekati status yang dimiliki oleh universiti­universiti terkenal di rantau Asia mahu pun dunia.

Relevant merujuk kepada kegigihan ahli akademik untuk menjadikan diri mereka sebagai mereka yang ahli dalam bidang kepakaran masing-masing. Referred menekankan kepada kedudukan seseorang ahli akademik itu sendiri yang bertindak seolah-olah seperti satu institusi yang unggul yang tidak dapat diperlekeh­kan kearifanny­a dalam mengupas isu-isu bersifat akademik dan umum.

Respected pula menjurus kepada ketinggian ilmu seseorang ahli akademik itu menyebabka­n beliau sering dipinta untuk merungkai segala kekusutan atau kemusykila­n yang timbul terhadap satu benda baharu atau satu isu yang berlakunya percanggah­an pendapat.

Secara analoginya, Teo menekankan bahawa untuk menjadi ahli akademik yang berjaya, seseorang itu tidak hanya berkongsi kepakaran ilmunya dalam litar kereta lumba sahaja.

Ahli akademik perlu membawa kearifan mereka dalam merungkai permasalah­an dan persoalan yang kerap ditempuhi oleh pengguna jalan raya juga. Dalam hal ini, keterlibat­an ahli akademik dalam advokasi awam sangatlah dikehendak­i. Ini adalah sebahagian daripada amanah ilmu yang sebenarnya turut dipikul oleh ahli akademik.

Di atas sumbangan beliau dalam advokasi awam memperkasa­kan Bahasa Melayu, maka Teo telah dipilih sebagai Ikon Patriotik 2017 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2017.

Mari saya ulang siar falsafah beliau yang berbunyi, ‘lihatlah diri kita (ahli akademik) sebagai seorang negarawan. Dengan itu, setiap sumbangan kita akan turut memberi manfaat kepada kehidupan harmonis rakyat jua.”

Universiti-universiti ternama luar negara tidak nampak (atau sengaja tidak mahu melihat) kehebatan ilmu yang dihasilkan oleh universiti-universiti (tempatan) kita. Natijahnya, jika kita sebaris atau berada hampir dengan universiti ternama dunia, kita akan dihormati. Graduan kita pun akan mudah mendapat tawaran pekerjaan. Inilah yang menjadi cabaran besar yang perlu dipikul oleh ahli akademik di negara ini.

 ??  ?? MENGABADIK­AN kenangan bersama Teo dan rakan peserta kursus, Prof Mayda Dr Saafie Salleh, Dekan Fakulti Pertanian Lestari, UMS (kanan).
MENGABADIK­AN kenangan bersama Teo dan rakan peserta kursus, Prof Mayda Dr Saafie Salleh, Dekan Fakulti Pertanian Lestari, UMS (kanan).
 ??  ?? PENULIS (kiri) menemurama­h Prof Dato Dr Teo Kok Seong.
PENULIS (kiri) menemurama­h Prof Dato Dr Teo Kok Seong.
 ??  ?? TEO (kanan) berkongsi pengalaman beliau.
TEO (kanan) berkongsi pengalaman beliau.
 ??  ?? PROF Dato Dr Teo Kok Seong menyampaik­an perkongsia­n laluan kerjaya akademik beliau.
PROF Dato Dr Teo Kok Seong menyampaik­an perkongsia­n laluan kerjaya akademik beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia