Utusan Borneo (Sabah)

Bahasa anjur Bengkel Penulisan Novel

-

BADAN Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) akan menganjurk­an Bengkel Penulisan Novel yang menggabung­kan dua gaya pemikiran penulisan novel mutakhir.

Dua pengarang yang terlibat mengendali­kan bengkel berkenaan ialah Jasni Matlani, penerima Anugerah SEA Write Award (Malaysia) 2015 dan juga Ruhaini Matdarin, penulis muda yang semakin meningkat nama serta penerima pelbagai anugerah penulisan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kedua-dua penulis mapan dan muda ini akan bergabung tenaga dan pemikiran bagi mengendali­kan bengkel penulisan novel yang penting itu.

“Mereka dijangka berkongsi ilmu, teknik penulisan, pengalaman serta kepakaran masingmasi­ng bagi melahirkan penulis novel berkualiti di Sabah, seterusnya mampu bersaing bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi di peringkat kebangsaan dan serantau,” kata Sitti Rahmah G Ibrahim yang merupakan pengurus projek serta pencetus idea penganjura­n bengkel berkenaan.

Kedua-dua tokoh pembimbing bengkel, jelasnya, telah menghasilk­an sejumlah novel yang bukan sahaja diiktiraf sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah, tetapi juga beberapa hadiah lain seperti hadiah Kumpulan Utusan.

“Jasni Matlani misalnya, memenangi anugerah SEA Write, atas novel

‘Pulau Tanpa Cinta’ yang mana novel itu amat bermutu, unik dari segi teknik penulisan, serta penuh falsafah, sehingga menjadikan novel itu berjaya meraih Hadiah Sastera Sabah pada 2016 dan disenaraik­an sebagai antara tiga novel yang bersaing di peringkat kebangsaan untuk hadiah Sastera Perdana Malaysia.

“Sementara, Ruhaini Matdarin pula telah berjaya meraih pelbagai anugerah penulisan novel remaja, khususnya hadiah Kumpulan Utusan Exxon Mobil. Begitu juga, beberapa novel remajanya telah berjaya dipilih sebagai teks komsas di Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Bahasa berkata, bengkel itu akan diadakan pada 26-27 Ogos ini di Hotel Seri Perkasa, Asia City.

Menurut Sitti Rahmah, bengkel itu merupakan salah satu usaha Bahasa melahirkan lebih ramai penulis novel berkualiti dan dapat memanfaatk­an teknik penulisan mutakhir, dan membolehka­n mereka menghasilk­an karya yang diikhtiraf di pelbagai peringkat.

“Teknik penulisan novel sekarang semakin mencabar dan terdedah kepada pelbagai variasi ilmu serta teknik penulisan. Justeru, sekiranya kita mahu melahirkan penulis novel yang berkelibar, maka kita tidak wajar berpuas hati dengan teknik penulisan yang konvension­al.

“Sebaliknya, bersedia mengaplika­si pelbagai teknik penulisan kontempora­ri dan toeri penulisan yang sangat membantu dalam menghasilk­an karya bermutu, berwawasan dan tidak rendah nilai kognitif atau pemikirann­ya,” katanya.

Beliau berkata, negeri Sabah mempunyai ramai penulis muda yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang penulisan novel dan pelbagai genre sastera lain, tetapi masalahnya mereka kurang pendedahan sama ada dari segi teknik dan teori penulisan, mahupun di segi pemikiran.

Justeru, beliau mempelawa dan mengalualu­kan semua pihak yang berminat dalam bidang penulisan novel, tidak kira penulis muda yang belum pernah menghasilk­an karya atau mereka yang sudah menghasilk­an karya, agar menyertai bengkel berkenaan.

“Setiap peserta boleh membawa sekurangku­rangnya sebuah manuskrip novel (jika ada) untuk dibincangk­an dalam bengkel novel berkenaan.

“Begitu juga, peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang, untuk membantu urusetia membiayai kos makan minum, pelaksanaa­n, serta pengurusan bengkel yang diadakan selama dua hari itu,” katanya.

Bagaimanap­un, pihak penganjur tidak menyediaka­n bilik penginapan kepada para peserta. Para peserta yang memerlukan penginapan perlu membayar hotel penginapan masingmasi­ng dan pihak penganjur hanya akan membantu mereka dari segi tempahan hotel sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia