Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan Majlis Guru Pemulihan Khas PPD Telupid ke Lahad Datu beri impak positif

-

TELUPID: Lawatan Muhibbah dan Penanda Aras Majlis Guru Pemulihan Khas (MGPK) Pejabat Pendidikan (PPD) Daerah Telupid ke lima sekolah contoh dan cemerlang di daerah Lahad Datu memberi impak positif kepada para guru yang terlibat.

JurulatihU­tamaKebang­saan Pemulihan Khas Telupid Mahathir Mohamad berkata, hasil perkongsia­n ilmu sepanjang lawatan berkenaan turut menyuntik semangat para guru untuk menjadikan kelas pemulihan di daerah Telupid lebih cemerlang di masa hadapan.

“Walaupun persekitar­an di daerah luar bandar ini berbeza dari segi taraf sosioekono­mi, adat dan budaya, tetapi ia bukanlah penghalang buat guru-guru di daerah Telupid untuk meneruskan kecemerlan­gan di sini.

“Sepanjang lawatan, para guru daripada pemulihan khas berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan saling berkongsi idea terutama dari segi pengurusan kelas pemulihan, pengurusan fail dan pengurusan murid pemulihan,” katanya.

Mahathir berkata, lawatan berkenaani­tumemberip­eluang kepada para guru menerokai bidang pengajaran pemulihan dari daerah lain di samping menjalinka­n hubungan erat dan kerjasama di antara guru pemulihan khas dari keduadua daerah khususnya.

“Dalam lawatan ini, bukan sahaja pelbagai ilmu baharu yang dapat kami pelajari tetapi juga perkongsia­n penting daripada rakan-rakan MGPK PPD LD tentang pengurusan fail, kelas, aktiviti serta kejayaan pihak sekolah.

“Selain itu, kami juga berpeluang untuk saling berkongsi pendapat, idea serta saling mendorong antara satu sama yang lain untuk menghasilk­an yang terbaik mengikut kesesuaian tempat masing-masing,” katanya.

Mahathir yang juga ketua rombongan lawatan berkata, lawatan berkenaan secara tidak langsung memberikan pendedahan besar kepada para guru MGPK yang baharu untuk mula berkhidmat dalam menambah dan mengembang­kan lagi pengetahua­n dan pengalaman.

Menurutnya, pengalaman menyaksika­n sendiri suasana pengajaran dan pembelajar­an berlangsun­g di sekolah pulau itu sangat berharga dan akan dijadikan kenangan yang paling bermakna sekali.

Antara sekolah yang terlibat dalam lawatan selama tiga hari berkenaan ialah SK Batu 6 ½ Segama, SK Bukit Balacon, SK Lahad Datu IV, SK St Stephen dan SK Tanjung Paras.

Seramai 11 guru yang terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa Tertinggi MGPK Daerah Telupid serta beberapa guru pemulihan yang baharu ditempatka­n di sekolah berkenaan turut serta dalam lawatan itu.

 ??  ?? ROMBONGAN lawatan MPGK PPD Telupid dan MGPK PPD Lahad Datu bersama guru-guru SK Tanjung Paras.
ROMBONGAN lawatan MPGK PPD Telupid dan MGPK PPD Lahad Datu bersama guru-guru SK Tanjung Paras.
 ??  ?? ROMBONGAN lawatan dari MGPK PPD Telupid bersama pihak MGPK PPD Lahad Datu.
ROMBONGAN lawatan dari MGPK PPD Telupid bersama pihak MGPK PPD Lahad Datu.
 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia