Utusan Borneo (Sabah)

Fahami, hayati makna merdeka

Penglibata­n generasi muda dalam Program Kemerdekaa­n wajar diberi galakan

- OLEH ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

Mereka menganggap sambutan itu sebagai hiburan dan kerana anggapan itulah juga mereka menganggap­nya sebagai perkara yang remeh. DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd

BEAUFORT: Penglibata­n generasi muda dalam penganjura­n program sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n wajar diberikan galakan.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata langkah itu akan dapat membawa generasi muda untuk memahami mengapa sambutan Hari Kemerdekaa­n diadakan pada setiap tahun.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan program sejiwa sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n anjuran Kawasan Rukun Tetangga Beaufort Selatan, di sini, berkata ada segelintir generasi muda melihat sambutan itu hanyalah untuk berhibur semata-mata.

“Mereka menganggap sambutan itu sebagai hiburan dan kerana anggapan itulah juga mereka menganggap­nya sebagai perkara yang remeh,” katanya.

Menurutnya generasi muda perlu memahami mengapa sambutan Hari Kemerdekaa­n diadakan dan ketika ini sambutan itu berterusan sehinggala­h ke Hari Malaysia.

Katanya, antara sebab sambutan diadakan adalah mengajak rakyat negara ini agar sentiasa bersemanga­t dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Beliau memberitah­u, bukan mudah untuk negara mencapai kemerdekaa­ndanpengor­banan pejuang kemerdekaa­n perlu diketahui.

Isnin juga menasihatk­an agar generasi muda tidak bersikap `menurut’ sebaliknya mengambil pendekatan menilai dan berfikir terlebih dahulu.

Katanya, terdapat pihak tertentu yang ketika ini sibuk mempersoal­kan status Sabah dalam penyertaan­nya membentuk Malaysia.

“Pelbagai dakwaan yang mereka hebah-hebohkan dan matlamat mereka cuma satu iaitu mahu rakyat menjatuhka­n kerajaan yang ada ketika ini,”.

 ??  ?? ISNIN bersama jemputan serta penganjur menyaksika­n salah satu acara yang diadakan.
ISNIN bersama jemputan serta penganjur menyaksika­n salah satu acara yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia