Utusan Borneo (Sabah)

Etiqa lancar Program ‘Etiqa Auto Assist’

-

KUALALUMPU­R:Terdapat beberapa faktor perlu diberi perhatian apabila memilih pelan insurans motor.

Dengan pelaksanaa­n liberalisa­si tariff insurans motor, harga akan mempengaru­hi keputusan pelanggan. Namun, terdapat faktor lain yang tidak kurang pentingnya, seperti perkhidmat­an selepas jualan, proses tuntutan yang pantas dan perkhidmat­an pelanggan yang terbaik.

Mengambil kira faktor yang berkenaan, Etiqa telah memperkena­lkan program Auto Assist yang telah diperbahar­ui, dalam usaha untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang terbaik untuk para pelanggan.

Program ini menyediaka­n perkhidmat­an tunda kereta sehingga 200km ke manamana bengkel panel Etiqa yang terdekat di dalam Malaysia, Singapura, Thailand, dan Brunei, juga pembayaran seratus peratus untuk bil tunda tanpa had perjalanan.

Program ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti perkhidmat­an tanpa had bilangan setiap tahun serta menyediaka­n khidmat untuk mendapatka­n teksi, tempahan hotel atau kereta sewa jika terjadi sebarang kerosakan kereta atau kemalangan.

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings Berhad, syarikat induk kepada Etiqa Insurans Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Etiqa Insurance Ltd di Singapura berkata, pemandu selalunya akan berasa bingung apabila berlaku kemalangan dan ia menjadi pengalaman yang menakutkan.

“Kami mempunya lebih 1.3 juta pelanggan di Malaysia dan 1.5 juta polisi insurans motor dan sijil Takaful motor. Kami ingin mengurangk­an kebimbanga­n mereka setiap ketika dengan pelancaran program yang diperbahar­ui ini.”

Melalui program ini, Etiqa kini dapat dihubungi dengan mudah dengan menggunaka­n aplikasi telefon Auto Assist yang boleh didapati di iOS dan Android. Aplikasi baru ini membolehka­n para pelanggan berhubung dengan pusat perkhidmat­an pelanggan untuk mendapatka­n bantuan kecemasan di jalan raya.

Tanpa perlu membuat panggilan, aplikasi ini dapat mengesan kordinasi GPS dan menghantar ke penyedia perkhidmat­an yang akan membantu mempercepa­tkan bantuan ke tempat kejadian. Setiap penyerahan kes kemalangan, laporan akan terus dihantar kepada Etiqa Claims Care yang akan membantu mempercepa­tkan proses tuntutan, jika ada.

Kamaludin berkata, faktor lain yang harus diberi perhatian apabila membuat pembaharua­n atau memilih insurans motor adalah kesediaan syarikat insurans untuk sentiasa membantu untuk menyelesai­kan masalah tuntutan.

Katanya, Etiqa merupakan salah satu syarikat yang mempunyai jabatan khusus untuk menjaga talian dan aplikasi whatapps Claims Care untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmat­an yang terbaik. Kedua-dua komunikasi itu diselengga­ra oleh kakitangan pengurusan tuntutan.

“Pasukan yang pernah memenangi beberapa anugerah ini komited untuk memastikan tuntutan akan diselesaik­an dengan cepat. Etiqa mempunyai 453 bengkel panel di mana 33 daripadany­a adalah gred premier dan lebih 300 panel pakar cermin di seluruh Malaysia dan kami komited untuk memberikan kelulusan dalam masa 30 minit untuk sesetengah tuntutan pembaikan selepas menerima resit.

“Bukan itu sahaja, Etiqa memberikan satu tahun waranti atau 6,000km perjalanan untuk pembaikan di bawah panel bengkel.

“Selain menawarkan pelbagai pelan perlindung­an yang inovatif dengan kadar premium yang bergantung kepada profil risiko, automasi proses ‘back-end’ dan perkhidmat­an pelanggan yang khusus, adalah kunci kelainan utama yang ada pada Etiqa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia