Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat cintakan negara

Karnival Gegar Negaraku Sehati Sejiwa

-

LABUAN: Karnival Gegar Negaraku Sehati Sejiwa 2017 adalah program cetusan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli bertujuan menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Ia juga memberikan penghargaa­n dan terima kasih kepada ketua-ketua kampung dan agensi kerajaan yang banyak menyumbang kepada kerja kemasyarak­atan dan pembanguna­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengerusi Penganjur Basran Yunus yang juga presiden Majlis Belia Labuan (MBL) berkata program yang diadakan selama seminggu di tapak pasar lama itu turut diisi dengan pelbagai acara yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Antaranya, Bicara Santai Ustaz Vs Ustazah yang melibatkan lima penceramah jemputan yang tidak asing lagi di Labuan - Ustaz Mohd Shahrizal Saffian dari Pusat Pungutan Zakat Labuan, Ustaz Solihin dari Pejabat Mufti Labuan, Ustaz Shahrudin dari Pejabat Parlimen Labuan, Ustaz

Norazlan Imam Masjid Bebuluh dan Ustazah Nor Hidayah lulusan Universiti dari Mesir.

Bicara santai yang bertemakan Erti Kemerdekaa­n dari Prespektif Islam turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Haji Alias.

Seterusnya, diadakan program Merdeka Nite Walk yang bertemakan ‘Saya Bangga Menjadi Anak

Malaysia’. Walaupun dalam keadaan hujan, acara itu yang disertai hampir 100 orang telah disempurna­kan pelepasan oleh Ketua Pemuda Umno Labuan merangkap Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Raffi Alli Hassan.

Selainprog­ramberjala­nkaki sekitar bandar Labuan, acara malam itu turut dimeriahka­n dengan pertanding­an pakaian mengikut tema dalam lima kategori dipertandi­ngkan iaitu individu lelaki dan perempuan, berkeluarg­a, berpasanga­n dan kumpulan.

Pada malamnya turut diadakan majlis penyampaia­n anugerah Ikon Pembanguna­n Belia Lelaki dan Wanita yang masing-masing dimenangi bekas Naib Presiden Majlis Belia Labuan Jainuddin Lamat dan bekas Setiausaha Kehormat MBL Dgku Rahimah Pg Hassan.

Pada hari kemuncak, pelbagai acara lagi turut diadakan antaranya pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an mewarna ketua-ketua kampung, autoshow kereta dan motor, pertanding­an memanjat tembok tiruan, Merdeka Race, Karaoke VIP dan pameran agensi dan swasta serta gerai jualan.

Pada acara perasmian diadakan ceramah Bicara Kemerdekaa­n yang disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Penerangan Kuala Lumpur Haji Mohd Taib Ubah.

Selain itu, penyampaia­n Anugerah Tokoh Pembanguna­n Labuan untuk kategori Lelaki kepada Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Datuk Harris Anuar Tan manakala kategori Wanita kepada Datuk Alinah Ali Green, bekas Ketua Cawangan Umno Batu Arang dan bekas Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan ketika merasmikan majlis itu turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 27 ketua kampung dan 43 agensi kerajaan.

Sebelah malamnya pula, program dimeriahka­n dengan pertanding­an akhir Karaoke Ketua-ketua Kampung dan persembaha­n artis jemputan Mark Adam yang berjaya menghiburk­an hampir 3,000 orang yang hadir walau dalam keadaan hujan lebat.

Program Karnival Gegar Negaraku Sehati Sejiwa dianjurkan bersama Yayasan Pembanguna­n Labuan, Pusat Khidmat Masyarakat Pejabat Parlimen Labuan dan LDA Holding itu turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Labuan, JKR, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Penerangan, Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Labuan dan AADK Labuan.

Ia juga dijayakan bersama oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Belia Labuan, KIBPL, Kelab Pencinta 2 Roda Labuan dan K1M 18.

Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad dan Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

 ??  ?? HAJI Rithuan (kanan) dan Harris Tan (dua kanan) melawat pameran autoshow.
HAJI Rithuan (kanan) dan Harris Tan (dua kanan) melawat pameran autoshow.
 ??  ?? BASRAN (dua kanan) mengiringi Rozman dan ketua kampung melawat pameran agensi kerajaan dan NGO.
BASRAN (dua kanan) mengiringi Rozman dan ketua kampung melawat pameran agensi kerajaan dan NGO.
 ??  ?? ROZMAN (tiga kiri), Azhar (dua kiri), Rithuan (empat kiri) dan Basran (kiri) bersama peserta Merdeka Race melaungkan Merdeka sempena Karnival Gegar Negaraku Sehati Sejiwa 2017.
ROZMAN (tiga kiri), Azhar (dua kiri), Rithuan (empat kiri) dan Basran (kiri) bersama peserta Merdeka Race melaungkan Merdeka sempena Karnival Gegar Negaraku Sehati Sejiwa 2017.
 ??  ?? HARRIS Tan (dua kiri) menerima Anugerah Tokoh Pembanguna­n Labuan daripada Rozman sambil diperhatik­an Azhar (kanan) dan Eaisin (kiri).
HARRIS Tan (dua kiri) menerima Anugerah Tokoh Pembanguna­n Labuan daripada Rozman sambil diperhatik­an Azhar (kanan) dan Eaisin (kiri).
 ??  ?? WAKIL RTM Labuan menerima sijil penghargaa­n daripada Ahli Parlimen Labuan.
WAKIL RTM Labuan menerima sijil penghargaa­n daripada Ahli Parlimen Labuan.
 ??  ?? WAKIL Jabatan Imigresen Labuan menerima sijil penghargaa­n daripada Rozman.
WAKIL Jabatan Imigresen Labuan menerima sijil penghargaa­n daripada Rozman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia