Utusan Borneo (Sabah)

Pelan strategik bawa sinar

Kg Sungai Madang Sukau bakal berubah wajah

-

KAMPUNG Sungai Madang yang terletak di kawasan pesisiran pantai DUN Sukau mampu berubah wajah hanya dalam tempoh kurang lima tahun akan datang apabila pelan strategik pembanguna­n kampung itu dilaksanak­an.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, pelan strategik pembanguna­n merangkumi keperluan infrastruk­tur asas dan ekonomi penduduk itu akan mampu dipenuhi menerusi pembiayaan beberapa kementeria­n serta agensi khususnya Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Perhatian itu turut diberikan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), Jabatan Perikanan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Ini bermakna dalam tempoh lima tahun akan datang, kawasan ini yang masih daif dan mundur termasuk keujudan balairaya yang sudah usang seperti sekarang, bangunan surau dan sekolah tadika untuk keperluan pendidikan awal kanak-kanak akan diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kampung Sejahtera dan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Kampung Sungai Madang anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah di balairaya kampung itu pada Rabu.

Program itu turut dianjurkan dengan kerjasama KPLB, Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dan Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) DUN Sukau.

Saddi berkata, perancanga­n itu jika berjalan dengan berkesan akan turut seiring dengan pelbagai perancanga­n pembanguna­n dalam kawasan DUN Sukau di kawasan itu termasuk perancanga­n mewujudkan Hab Pembanguna­n Nelayan Cluster serta beberapa lagi program ekonomi di kawasan berkenaan.

“Jika tidak ada aral melintang, sudah tentulah Perancanga­n Pembanguna­n Kampung Sejahtera Sungai Madang ini akan bertembung dengan matlamat kita mahu mewujudkan pusat pentadbira­n daerah DUN Sukau di kawasan Pekan Sukau yang sudah bermula sekarang, yang bakal menempatka­n pelbagai perancanga­n ekonomi jangka panjang demi kebaikan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Turut hadir dan menyampaik­an ucapan pada program itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah 2, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Kapten Che Amin Mohamed, Jamali Japri yang mewakili LPPB Sabah, Fadullulah Madmatar mewakili ketua INFRA Sabah, PBK11 Mohd Arshad Kadir mewakili Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, PPM Sukau Hamdan (Jabatan Tanah dan Ukur), Amirudin Mohd Damit

Jika tidak ada aral melintang, sudah tentulah Perancanga­n Pembanguna­n Kampung Sejahtera Sungai Madang ini akan bertembung dengan matlamat kita mahu mewujudkan pusat pentadbira­n daerah DUN Sukau di kawasan Pekan Sukau yang sudah bermula sekarang, yang bakal menempatka­n pelbagai perancanga­n ekonomi jangka panjang demi kebaikan penduduk di kawasan ini DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

dan Ketua Anak Negeri Sandakan Awang Ahmad Hj Ongkang.

Saddi berkata, usaha membangunk­an 16 kampung di pesisiran pantai DUN Sukau amat diperlukan ekoran semua kampung nelayan itu masih lagi tersisih daripada pembanguna­n sejak kewujudann­ya.

Katanya, walaupun kesemua kampung nelayan itu terletak di bawah pentadbira­n MPS, namun soal tuntutan sosioekono­mi dan pembanguna­n rakyat masih terlalu ketinggala­n ekoran tumpuan pihak berkuasa tempatan itu lebih kepada kawasan penting di bawah perkhidmat­an serta perkadaran MPS.

“Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa terhadap isu ini. Tetapi adalah lebih baik pihak pimpinan sama-sama bertanggun­gjawab untuk mencari jalan menyelesai­kan kesemua keperluan pembanguna­n rakyat.

“Saya bersyukur kerana kewujudan perancanga­n pihak KPLW, INFRA dan KPLB ini merupakan satu peluang. Apalagi saya difahamkan Kampung Sungai Madang salah satu daripada enam kawasan di Sabah yang dipilih di bawah program pembanguna­n ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hamsan meminta seluruh masyarakat di Kampung Madang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan gagasan kerajaan di kawasan kampung itu demi kebaikan mereka.

“Saya meminta agar golongan belia turut memberikan sokongan dan kerjasama diharapkan demi mempastika­n segala perancanga­n yang diatur oleh semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dapat dipenuhi pada tempoh disasarkan,” katanya.

 ??  ??
 ?? (gambar atas) ?? SADDI menerima profail penduduk daripada Pengerusi JKKK Sungai Madang Maaruf Surah
(gambar atas) SADDI menerima profail penduduk daripada Pengerusi JKKK Sungai Madang Maaruf Surah
 ??  ?? SADDI melawat pelajar di sekolah SK Sungai Madang, sekolah rendah kedua terbaik pencapaian­nya di Sandakan selepas St Monica.
SADDI melawat pelajar di sekolah SK Sungai Madang, sekolah rendah kedua terbaik pencapaian­nya di Sandakan selepas St Monica.
 ??  ?? SADDI merasmikan jambatan konkrit Sungai Madang sambil diperhatik­an Hamsan dan penduduk kampung.
SADDI merasmikan jambatan konkrit Sungai Madang sambil diperhatik­an Hamsan dan penduduk kampung.
 ??  ?? SADDI, Hamsan dan Maaruf meninjau peralatan generator penduduk yang sudah usang dan perlu diganti.
SADDI, Hamsan dan Maaruf meninjau peralatan generator penduduk yang sudah usang dan perlu diganti.
 ??  ?? SADDI bergambar bersama pelajar.
SADDI bergambar bersama pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia