Utusan Borneo (Sabah)

Guna sepenuhnya kekayaan sumber semula jadi

Minyak dan gas, hutan dan perikanan perlu diguna lebih optimum capai ekonomi berpendapa­tan tinggi

-

KUCHING: Sarawak perlu menggunaka­n kekayaan sumber semula jadinya seperti minyak dan gas, hutan dan perikanan secara lebih optimum untuk mencapai status ekonomi berpendapa­tan tinggi.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata langkah itu penting bagi memastikan sumber-sumber semula jadi itu dapat terus menjana pendapatan aliran sebagai dorongan kepada pertumbuha­n ekonomi jangka panjang atau pembanguna­n ekonomi Sarawak.

“Namun pada masa sama, kami (kerajaan negeri) mahu memastikan semua kumpulan etnik di Sarawak akan terus menikmati hasil pembanguna­n dalam suasana aman serta harmoni tanpa membahayak­an kualiti alam sekitar dan sumber semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pembanguna­n, Alam Sekitar dan Masyarakat (ICDES) 2017 di sini pada Rabu.

ICDES 2017 yang berlangsun­g selama dua hari itu dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan ditaja oleh Biro Konvensyen Sarawak (SCB).

AbangJohar­iberkatase­hubungan itu, semua agensi kerajaan negeri memainkan peranan penting untuk memastikan matlamat-matlamat pembanguna­n mapan merangkumi semua elemen alam sekitar, sosial dan ekonomi.

“Unit Perancang Negeri, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah serta Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak mempunyai tanggungja­wab lebih besar kerana Sarawak berusaha mencapai matlamat kelestaria­n dan pembanguna­n lebih inklusif,” ujarnya.

Kerajaan negeri juga tambahnya, akan terus memberi komitmen padu untuk memastikan semua dasar dibuat dan dilaksana di Sarawak bagi mewujudkan ekositem sihat, saksama, insklusif dan mampan.

“Namun cabaran dihadapi pembuat dasar hari ini ialah bagaimana menggerakk­an ekonomi ke tahap lebih tinggi dan lebih banyak impak positif langsung disalurkan kepada komuniti setempat.

“Saya yakin persidanga­n ini menyediaka­n landasan rundingan ke arah masa depan yang keterangku­man dan mapan seiring temanya.

“Saya juga amat berharap semua bentuk forum dan debat akan membawa manfaat kepada pembanguna­n negara amnya dan Sarawak khasnya,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapan aluannya berkata hari ini tidak lagi hanya berkisar kepada pembanguna­n fizikal.

Beliau berkata pendekatan pembanguna­n yang diguna pakai sejak beberapa dekad lalu mungkin tidak lagi sesuai digunakan hari ini.

“Seiring dengan pembanguna­n negara dan pemelihara­an alam sekitar adalah penting penekanan diberikan kepada kelestaria­n sebagai salah satu agenda pembanguna­n.

“Oleh itu, dengan mengambil kira pentingnya­kesedarani­ni,UNIMAS telah menjadikan Transforma­si Sosial Mapan sebagai bahagian penting penyelidik­an berkaitan pembanguna­n,” jelasnya.

Langkah itu penting bagi memastikan sumber-sumber semula jadi itu dapat terus menjana pendapatan aliran sebagai dorongan kepada pertumbuha­n ekonomi jangka panjang atau pembanguna­n ekonomi Sarawak. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? MANYIN (kanan) ditemani Kadim (dua kanan) melihat buku terbitan UNIMAS yang dipamerkan sempena ICDES 2017. Turut kelihatan Fadzil (dua kiri).
MANYIN (kanan) ditemani Kadim (dua kanan) melihat buku terbitan UNIMAS yang dipamerkan sempena ICDES 2017. Turut kelihatan Fadzil (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia