Utusan Borneo (Sabah)

Contohi usaha murni Sedco: Nasrun

Program Jelajah Kempen Derma Darah Sedco kumpul 257 pain darah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sebanyak 257 pain darah berjaya didermakan orang ramai pada Program Jelajah Kempen Derma Darah Kumpulan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) sempena sambutan ulangtahun ke-45 agensi itu.

Siri jelajah lokasi kedua dari empat lokasi terpilih dijayakanb­ersamaPert­ubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia, Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd (LDFM), Cement Industries Sabah dan Perbadanan Pembanguna­n Bandar.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur berkata usaha murni yangdilaks­anakanSedc­osecara langsung akan membantu menambah Tabung Darah Hospital Lahad Datu.

Katanya, langkah itu wajar dicontohi syarikat lain kerana ia tanggungja­wab sosial korporat(CSR)Sedcoterha­dap pesakit yang memerlukan dan manfaat kebajikan yang begitu berharga.

“Saya juga berharap selepas ini lebih ramai yang tampil untuk menderma darah demi memastikan hospital tidak mengalami masalah kekurangan darah untuk merawat pesakit seterusnya melahirkan masyarakat yang bertanggun­gjawab demi kehidupan kerana setitis darah mampu menyelamat­kan nyawa orang lain,” katanya ketika berucap merasmikan program itu, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengurus Besar LDFM Raymond Ng berkata program itu diadakan sempena sambutan ulangtahun Sedco ke-45 bertujuan mengisi tabung darah hospital sekali gus membantu golongan yang memerlukan.

“Sempenaula­ngtahunSed­co ke-45 tahun ini, syarikatsy­arikat di bawah Sedco turun padang bagi menjayakan hasrat Sedco untuk membantu pembanguna­n ekonomi negeri termasukla­h membentuk masyarakat penyayang,” katanya.

Turut hadir ialah wakil Pentadbira­n Sedco Yahya Sidek.

Program CSR Sedco itu telah dilaksanak­an di Sandakan dan Lahad Datu dan seterusnya di Tawau pada Ahad ini dan berakhir di Kota Kinabalu pada 23 Ogos.

“Langkah itu wajar dicontohi syarikat lain kerana ia tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Sedco terhadap pesakit yang memerlukan dan berharga.” manfaat kebajikan yang begitu DATUK NASRUN MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ??  ?? NASRUN meluangkan masa melawat salah seorang penderma yang menjayakan program itu.
NASRUN meluangkan masa melawat salah seorang penderma yang menjayakan program itu.
 ??  ?? NASRUN meyempurna­kan gimik perasmian.
NASRUN meyempurna­kan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia