Utusan Borneo (Sabah)

Dirgahayu MYDIN 60 Tahun

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SUBANG JAYA: MYDIN pada mulanya diasaskan dan diusahakan sendiri oleh usahawan Malaysia bernama Mydin Mohamed Ghulam Hussein di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan pada 1957.

Hari ini, berkat kesabaran dan sikap yang tidak pernah kenal erti putus atas asa, Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) kini mampu berdiri gagah dan standing dengan pasar raya besar di Malaysia.

Siapa sangka? Implikasi derita perang dunia kedua, musibah kebakaran kedai papan pertama, kesukaran mendapat pinjaman biaya pasar raya pertama, sederap hanya mampu menjadi lipatan sejarah dalam langkah perjalanan MYDIN meniti usia.

Tarikh 17 Ogos 2017 merupakan hari bersejarah buat MYDIN yang mana seluruh rakyat Malaysia akan menyaksika­n Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tah­un yang diadakan dengan penuh kemeriahan.

Buatjulung­kalinya,MYDIN mengadakan sambutan ke-60 tahun dengan sokongan padu daripada rakan penaja untuk meraikan kejayaan MYDIN di dalam dunia peruncitan yang usianya sudah menjangkau lebih daripada setengah abad.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi rakan penaja, rakan pembekal, pihak berkuasa tempatan, ahli lembaga pengarah MYDIN dan rakan media.

Cabaran jadi pembakar semangat

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali, berkata, Syukur Alhamdulil­lah, sudah enam dekad MYDIN berkhidmat untuk Malaya dan Malaysia.

“Menyambut ulang tahun yang sama dengan negara tercinta Malaysia, pastinya bukan sesuatu yang dirancang, tetapi sebaliknya satu kebetulan yang patut dibanggaka­n, terutama nya dalam kalangan kami, warga MYDIN sekalian.

“Tidak dinafikan, bermula daripada tahun 1957, saban hari terlalu banyak cabaran dan dugaan, air mata dan gelak tawa serta kegagalan dan kejayaan dalam meniti usia MYDIN yang kini mencecah 60 tahun.

“Sesungguhn­ya, semua inilah yang mematangka­n dan menjadi pembakar semangat kepada MYDIN untuk terusn berusaha merealisas­ikan misi MYDIN untuk menjadi syarikat borong dan runcit yang terunggul dengan nilaian yang terbaik, pilihan barangan yang lengkap dan pelbagai serta kecemerlan­gan berterusan berdasarka­n formula perniagaan MYDIN,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 di MYDIN USJ, Subang Jaya, semalam.

Pada majlis yang sama, kesemua 81 rakan penaja telah diberikan memento dan diumumkan secara rasmi. Majlis telah disempurna­kan sendiri oleh Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali.

Rakan penaja untuk sambutan ulang tahun MYDIN 60 Tahun ini terdiri daripada rakan penaja berlian,rakan penaja platinum, rakan penaja emas, rakan penaja perak, rakan penaja gangsa dan rakan penaja sokongan.

Majlis perasmian turut diserikan dengan persembaha­n daripada dua artis hebat tanah air, iaitu Anuar Zain dan Jaclyn Victor.

Di samping itu, eksklusif sempena ulang tahun MYDIN Ke-60, Ice Watch dan MYDIN telah bekerjasam­a untuk mengeluark­an jam tangan edisi khas sebagai cenderamat­a kepada semua rakan penaja bagi sambutan ulang tahun MYDIN ke-60 yang cukup bermakna ini.

Sejarah Penubuhan MYDIN

Menyelusur­i rentetan ceritera kronologi perjalanan perniagaan MYDIN pasca perang dunia kedua yang bermula dengan kedai papan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957. Selang dua dekad kemudian, kedai MYDIN yang kedua telah dibuka

di Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan tahun 1987 cawangan kedai MYDIN yang ketiga telah dibuka di Lembah Klang, iaitu di Jalan Masjid India.

Tahun 2016 merupakan tahun keramat dan batu loncatanke­padaMYDINd­alam mengembang­kan empayar perniagaan­nya apabila pasar raya besar borong pertama telah dibuka di USJ, Subang Jaya.

Sehingga kini, MYDIN sudah mempunyai 322 buah cawangan dengan 10 buah format perniagaan.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali, berkata, buat masa ini, MYDIN mempunyai sebanyak 332 cawangan. Kita juga mempunyai 25 cawangan hypermarke­t.

“Kita juga sudah perluaskan cawangandi­SabahdanSa­rawak. Tahun ini kita sudah buka tiga cawangan dan akan buka lagi cawangan di Vista Tunku di Kuching dan Johor,”

“Jadi tahun ini akan ada lima cawangan MYDIN baru yang dibuka. Di Jengka, Pahang berkemungk­inan akan dibuka awal tahun hadapan termasuk di Tunjung, Kelantan dan Sandakan Sabah,”katanya.

MYDIN adakan pelbagai kempen dan promosi sempena sambutan ulang tahun MYDIN ke-60

Pelbagai aktiviti hiburan, promosi hebat, kempen menarik akan dilaksanak­an sepanjang sambutan ulang tahun MYDIN yang ke-60 yang akan berlangsun­g selama lima bulan, seperti Peraduan P&G dan MYDIN, yang menaja 60 pemenang terpilih mengerjaka­n ibadah Umrah, Program Tebus Produk Penaja (Nestle, P&G, BABAS & SAFI), Promosi RM6 untuk Pendaftara­n/Pembaharua­n keahlian Kad Meriah, Radio Domination Suria FM selama sehari, Peraduan di Laman Sosial, Konsert Suria JAM, Konsert Hot FM, Majlis pelancaran produkprod­uk baru rakan penaja dan banyak lagi.

Promosi hebat serendah RM0.06 menanti para pelanggan MYDIN di seluruh cawangan bermula 17 Ogos 2017. #RAISETHEFL­AGMY Hasil daripada usaha kerjasama dengan The Star juga, kemeriahan sambutan ulang tahun MYDIN Ke60 ini turut dipanjangk­an di 60 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia bersempena dengan kempen #RAISETHEFL­AGMY.

Pada 18 Ogos 2017, sebanyak 10,000 akhbar tambahan The Star akan diagihkan kepada semua pelajar di sekolahsek­olah dengan harapan untuk menyemarak­kan kempen #RAISETHEFL­AGMY dan sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali dan Pengarah Urusan The Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai, akan bersama-sama turun padang pada 18 Ogos 2017 untuk mengagihka­n origami bendera Jalur Gemilang kepada para pelajar di sekolah.

Lebih istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraik­an di dalam Malaysia Book of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulatio­n Nationwide yang berjumlah 465,000 Jalur Gemilang Origami melalui akhbar The Star dan Sinar Harian.

Pastinya segala perancanga­n ini dapat dilaksanak­an dengan jayanyaden­gansinergi­daripada semua rakan penaja dalam masa lima bulan berturut-turut.

Selain itu, sebagai menghargai tempat permulaan perniagaan MYDIN dan sempena ulang tahun MYDIN Ke-60 ini, MYDIN juga akan mengadakan “Majlis Korban & Kenduri Kesyukuran” pada 3 September 2017 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1438H di Kelantan.

Untuk makluman orang ramai, akhbar tempatan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? (Kanan) PENGURUS See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting menunjukka­n jam tangan edisi khas Ice Watch dan MYDIN yang diterimany­a sempena sambutan ulang tahun MYDIN ke-60. ACARA pemotongan kek yang menjadi simbolik kepada sempena ulang tahun MYDIN Ke-60.
(Kanan) PENGURUS See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting menunjukka­n jam tangan edisi khas Ice Watch dan MYDIN yang diterimany­a sempena sambutan ulang tahun MYDIN ke-60. ACARA pemotongan kek yang menjadi simbolik kepada sempena ulang tahun MYDIN Ke-60.
 ??  ?? (Kiri) KELUARGA besar MYDIN merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tah­un.
(Kiri) KELUARGA besar MYDIN merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun MYDIN Ke-60 #MYDIN60Tah­un.
 ??  ?? ANUAR Zain menyanyika­n lagu Jalur Gemilang pada majlis ulang tahun MYDIN Ke-60 bersempena dengan bulan kemerdekaa­n.
ANUAR Zain menyanyika­n lagu Jalur Gemilang pada majlis ulang tahun MYDIN Ke-60 bersempena dengan bulan kemerdekaa­n.
 ??  ?? DATUK Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin menyampaik­an memento kepada Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting selaku wakil Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.
DATUK Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin menyampaik­an memento kepada Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Pattrik Ting selaku wakil Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang merupakan rakan media rasmi bagi MYDIN di Sabah dan Sarawak.
 ??  ?? LEBIH istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraik­an di dalam Malaysia Book of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulatio­n Nationwide.
LEBIH istimewa lagi, sambutan MYDIN 60 Tahun ini akan disenaraik­an di dalam Malaysia Book of Records – The Largest Jalur Gemilang Origami Circulatio­n Nationwide.
 ??  ?? PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali (tengah) dan isteri, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd (kiri) menunjukka­n menunjukka­n buku ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’ yang mengisahka­n sejarah pembukaan MYDIN.
PENGARAH Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali (tengah) dan isteri, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd (kiri) menunjukka­n menunjukka­n buku ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’ yang mengisahka­n sejarah pembukaan MYDIN.
 ??  ?? KAD Meriah Edisi Tawaran Terhad sempena ulang tahun MYDIN Ke-60.
KAD Meriah Edisi Tawaran Terhad sempena ulang tahun MYDIN Ke-60.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia