Sarawak Energy lengkapkan pengambilalihan HEP Bakun
S’wak Energy kini pemilik Loji HEP Bakun, pembelian saham SHSB selesai dengan termeterainya SSA
“Pihak kami kini memiliki HEP Bakun yang berkapasiti 2,400 megawatt (MW), loji kuasa hidroelektrik terbesar di negara ini. . SHARBINI SUHAILI Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy
KUCHING: Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) kini merupakan pemilik dan pengendali Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun apabila pembelian saham daripada Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) diselesaikan, dengan termeterainya Perjanjian Jualan Saham (SSA), pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili mengumumkan dalam satu kenyataan pada Rabu, pihaknya kini memiliki HEP Bakun yang berkapasiti 2,400 megawatt (MW), loji kuasa hidroelektrik terbesar di negara ini.
Katanya pencapaian itu dapat diperolehi menerusi kepimpinan dan sokongan kuat Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
“Iniakanmembolehkankamimenyatukan pengeluaran kuasa, membolehkan kami mempunyai pemilikan dan pengendalian penuh ke atas semua kemudahan penjanaan elektrik utama di Sarawak.
“Kami amat berbesar hati kepada KerajaanSarawakkeranaterusmempercayai Sarawak Energy untuk menyampaikan strategi Sarawak dalam membangun dan menyatukan sumber kuasa Sarawak,” katanya.
SSA untuk mengambil alih HEP Bakun pada harga RM2.5 bilion diselesaikan di pejabat Sarawak Hidro di Selangor semalam, dengan kehadiran wakil-wakil pihak terlibat.
Dengan SSA itu, SEB Power Sdn Bhd - anak syarikat milikan penuh Sarawak Energy - menguasai 100 peratus saham dalam SHSB daripada Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Kementerian Kewangan akan mengekalkan Surat Akujanji (Letter of Undertaking) dan Jaminan Kerajaan semasa mengenai hutang sedia ada SHSB.
Pengambilalihan itu dibiayai melalui gabungan dana dalaman Sarawak Energy dan pembiayaan SUKUK.
Sarawak Energy merupakan sebuah syarikat pembangunan tenaga milik penuh dan utiliti kuasa yang menggunakan tenaga kerja lebih daripada 4,600 rakyat Sarawak.
Misi Sarawak Energy adalah untuk mencapai pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan untuk Sarawak dengan memenuhi keperluan rantau ini bagi tenaga yang dipercayai dan diperbaharui.