Utusan Borneo (Sabah)

Karim ‘mempelawa’ Nazri ke Sarawak jelaskan pembahagia­n kutipan Cukai Pelanconga­n

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) ‘mempelawa’ Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nazri Aziz datang ke Sarawak untuk menjelaska­n mengenai pembahagia­n kutipan Cukai Pelanconga­n yang akan berkuat kuasa 1 September depan di seluruh negara.

Karim berkata demikian ketika diminta mengulas komen Nazri kelmarin bahawa Sabah dan Sarawak boleh menghubung­i beliau daripada mengeluark­an kenyataan menerusi media sekiranya kurang jelas mengenai Cukai Pelanconga­n yang baharu diperkenal­kan itu.

“Kita tidak memulakann­ya, kita hanya komen kenyataan beliau (Nazri). Dia sendiri yang mengatakan kutipan Cukai Pelanconga­n akan dibahagi sama rata kepada Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Kita akur, mereka kata bahagi tiga, bahagi tigalah. Kemudian hari ini(semalam)beliaumeng­umumkan kutipan Cukai Pelanconga­n akan dibahagi kepada semua negeri.

“Mengapa sukar sangat beliau datang ke Sabah dan Sarawak untuk menerangka­n kepada Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg) atau negeri?” katanya pada sidang media Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2015/2016 di Bangunan Baitul Makmur pada Rabu.

Menurut Karim, ia bukan sesuatu yang datang di bawah bidang kuasa Kementeria­n Pelanconga­n negeri sebaliknya ia persoalan mengenai hak Sarawak.

Beliaubaga­imanapunme­nambah, Sarawak tetap kekal dengan pendirian menuntut 30 peratus perolehan daripada kutipan Cukai Pelanconga­n.

Tegasnya, permintaan untuk pembahagia­n perolehan itu telah dipersetuj­ui oleh Sarawak dan Sabahdalam­memorandum­bersama kerajaan persekutua­n.

Sarawak dan Sabah sebelum ini tidak bersetuju dengan pembahagia­n RM1 daripada setiap RM10 seperti yang diperuntuk­kan dalam peraturan cukai baharu itu.

Bermula 1 September depan, pelancong asing perlu membayar cukai RM10 bagi sewaan setiap bilik di hotel seluruh negara yang akan dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia