Utusan Borneo (Sabah)

Tiada terkecuali

Semua atlet tertakluk jalani ujian doping

-

KUALA LUMPUR: Tiada atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk beberapa orang kenamaan (VIP) yang akan mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan itu, dikecualik­an daripada ujian dadah.

Ketua Jawatankua­sa Perubatan dan Anti-Doping KL2017 Datuk Dr S.S. Cheema berkata pegawai perubatan telah dilatih untuk mengendali­kan mereka.

“Sama ada anda orang kenamaan, atau hanya orang biasa, sistem itu harus diikuti,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Perubatan dan Anti-Doping Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) di sini pada Khamis.

KL2017 akan menyaksika­n penyertaan golongan kerabat diraja antaranya termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan menyertai skuad ekuestrian negara acara kuda lasak serta Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah yang akan berdepan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam acara polo.

“Kerana mereka tahu, sesiapa yang menolak, (boleh dianggap) positif,” katanya.

Berhubung mesyuarat yang diadakan serentak dengan Peraturan dan Sukan SEAGF serta Jawatankua­sa Wanita dan Sukan, Cheema berkata semua negara peserta KL2017 menghadiri mesyuarat itu dan diberi taklimat mengenai perkhidmat­an perubatan yang disediakan Malaysia.

Beliau berkata delegasi juga diberi penerangan mengenai komitmen Malaysia untuk menjadikan KL2017 sebuah Sukan SEA yang bebas dadah, dengan melakukan lebih banyakujia­ndadahberb­anding Sukan SEA Singapura.

Mesyuarat pada Khamis turut membincang­kan isu berhubung KL2017 dan akan menyediaka­n cadangan kepada jawatankua­sa eksekutif SEAGF.

Jawatankua­sa eksekutif kemudian akan mengkaji semula dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini sebelum mengemukak­an kepada majlis SEAGF yang akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat hari ini. - Bernama

Sama ada anda orang kenamaan, atau hanya orang biasa, sistem itu harus diikuti.” DATUK DR S.S. CHEEMA Ketua Jawatankua­sa Perubatan dan AntiDoping KL2017

 ??  ?? MARA: Pasukan Memanah Lelaki Malaysia (dari kiri) Zulfadli Ruslan, Mohd Juwaidi Mazuki dan Kin Lip Lee mara ke final acara (Compound) berpasukan lelaki setelah menundukka­n Singapura pada Sukan SEA ke 29 di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan...
MARA: Pasukan Memanah Lelaki Malaysia (dari kiri) Zulfadli Ruslan, Mohd Juwaidi Mazuki dan Kin Lip Lee mara ke final acara (Compound) berpasukan lelaki setelah menundukka­n Singapura pada Sukan SEA ke 29 di Padang Sintetik Bukit Jalil, Bandar Sukan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia