Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan polis menang lima pingat di kejohanan World Police & Fire Games 2017

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pasangan suami isteri anggota polis meraih kejayaan besar apabila berjaya memenangi lima daripada 18 pingat pertanding­an karate pada kejohanan World Police & Fire Games 2017 di Los Angeles Convention Center California Amerika Syarikat 14 Ogos lalu.

Sarjan Mejar Razmi Omar dan isteri Sarjan Tengku Fazlina Tengku Ibrahim dari IbuPejabat­PolisDaera­h(IPD) Kota Kinabalu membawa pulang pingat gangsa dalam acara tali pinggang hitam lelaki Kumite berkumpula­n dan dua pingat emas Kata serta Kumite berkumpula­n wanita.

Tengku Fazlina turut memenangi dua pingat perak masing-masing untuk acara tali pinggang hitam Kata individu wanita dan tali pinggang hitam Kumite individu wanita.

Sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) lain turut berbangga apabila membawa pulang 13 pingat dalam kedua-dua acara yang dipertandi­ngkan.

Konstabel Fatin Nabila Abdullah memenangi dua pingat emas dalam acara Kata dan tali pinggang Kyu kumite individu wanita manakala Konstabel Norhayati Mohd Junaidi turut membawa pulang dua pingat emas dalam acara tali pinggang Kyu kumite individu masingmasi­ng 60 dan 53 kilogram.

Dua anggota polis lelaki iaitu Koperal Charles Patrick berjaya memenangi pingat emas bagi acara tali pingang hitam Kumite individu 65 kilogram dan tali pinggang hitam Kumite individu 70 kilogram bagi Koperal Muhammad Adry Shah Abdullah.

Sarjan Joachim, Koperal Charles dan Koperal Muhammad Adry juga berjaya memenangi pingat emas dalam acara kata berkumpula­n lelaki manakala dua pingat perak bagi acara Kata individu wanita dan tali pinggang hitam kata individu lelaki masing-masing dimenangi oleh Nurhayati dan Muhammad Adry.

Lima pingat gangsa turut dimenangi dalam acara tali pinggang hitam Kata individu, tali pinggang Kyu Kumite individu wanita, tali pinggang hitam Kumite 75 kilogram, Kumite individu lelaki dan tali pinggang Kumite berkumpula­n lelaki.

Pasukan PDRM yang menduduki tangga teratas dinobatkan sebagai juara keseluruha­n kejohanan selepas berjaya membawa balik sebanyak 18 pingat keseluruha­n.

 ??  ?? PASUKAN PDRM menunjukka­n pingat yang dimenangi selepas kejohanan karate di Los Angeles Convention Center California, Amerika Syarikat 14 Ogos lalu.
PASUKAN PDRM menunjukka­n pingat yang dimenangi selepas kejohanan karate di Los Angeles Convention Center California, Amerika Syarikat 14 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia