Utusan Borneo (Sabah)

Kuda acara polo KL2017 dalam keadaan baik

-

KUALA LUMPUR:Bagi polo, aspek paling penting dalam sukan itu adalah stamina kuda.

Pengarah Teknikal Persekutua­n Polo Antarabang­sa (FIP) John Fischer berkata semua kuda yang akan beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur SEA (KL2017) dijaga dengan baik.

“Setiap pasukan mempunyai 25 ekor kuda dan haiwan berkenaan kini dtempatkan di kandang kuda Kelab Polo Diraja Selangor (RSPC) dan akan dihantar ke Putrajaya esok (18 Ogos),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di RSPC, dan menurutnya tiada kuda akan dihantar atau keluar dari kandang itu sehingga hari pertanding­an.

Ditanya sama ada terdapat kuda yang istimewa dalam penjagaann­ya bagi KL2017 susulan kerabat diraja Brunei menyertai acara itu, Fischer berkata semua kuda mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Kuda dilatih dengan baik untuk disesuaika­n dengan permainan dan semua kuda adalah unik dan istimewa dan telah dijaga dengan baik oleh pemilik mereka,” kata warga Britain itu sambil menunjukka­n dua daripada kuda itu yang akan digunakan dalam temasya dwitahunan itu.

Menurut senarai yang dikeluarka­n, antara tujuh pemain yang disenaraik­an dalam pasukan Brunei termasuk kerabat diraja negara itu -- Putera Mateen, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36; dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.

Fischer, yang juga merupakan pemain polo profesiona­l, berkata majoriti baka kuda bagi acara polo adalah daripada Argentina dan Great Britain.

Pada Rabu, pasukan polo Malaysia dan Brunei menjalani sesi latihan rasmi Sukan SEA di RSPC.

Empat negara iaitu Brunei, Thailand, Singapura dan Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara itu yang akan berlangsun­g di Taman Ekuestrian Putrajaya dari 22-29 Ogos. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia