Utusan Borneo (Sabah)

Bambu FC kenduri gol

Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017

-

LABUAN:Juara Piala Pergerakan Pemuda Umno Labuan 2017, Bambu FC meneruskan momentum kemenangan mereka dengan penuh bergaya menewaskan Jabatan Kerja Raya (JKR) 7-0 dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan (LBKL) 2017.

Penyerang bahaya mereka, Mohd.Nik Wan Zailey Rosli meledak gol seawal minit pertama lagi bagi pasukan Bambu FC yang dibimbing Ketua Jurulatih, Adnan Haji Talipudin memulakan kenduri gol.

Bambu FC menguasai permainan menerusi serangan balas dan tidak menunjukka­n sebarang kebimbanga­n, meskipun mereka beraksi tanpa beberapa tonggak utama selepas menjuarai Piala Pemuda Umno, namun Bambu FC dengan penuh keyakinan terus mempertaru­hkan kepercayaa­n kepada pemainpema­in yang masih bersama kelab ini untuk memulakan perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan F ini dengan kemenangan besar.

Bagaimanap­un kelab yang berpangkal­an di Kampung Bebuloh itu hanya mampu mendahului lawan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Bambu FC memulakan kemenangan besarnya hasil gerakan dari sebelah kiri pintu gol lawan dengan membuat satu hantaran yang cukup menarik buat Mohd. Vidi Masjidey menjaringk­an gol kedua pada minit ke-48.

Bambu FC terus melancarka­n serangan bertali arus ke kubu lawan dan berjaya menjaringk­an gol ketiga melalui pemain tengahnya, Mohd. Nazierol Akmal Pijan yang sudah mula mencipta nama dengan satu sepakan yang cukup menarik pada minit ke-54 untuk pasukannya mendahului 3-0.

Dengan corak permainan yangmenari­ksetelahme­nerima teguran keras daripada Adnan yang juga Penolong Pengurus pada masa rehat, akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-55 menerusi Mohd. Nik Ileziey Rosli yang meledak jaringan keempat.

Mohd. Vidi Masjidey Junaidi menjaringk­an gol kedua peribadiny­a dan gol kelima Bambu FC pada minit ke-64.

Bambu FC yang baru pertama kali menyertai LBKL 2017 mengganas lagi dengan gol keenam menerusi Mohd. Nik Rizey Rosli yang baru saja ditukarkan posisinya daripada pertahanan kanan ke posisi penyerang depan dengan larian yang begitu pantas, mengelecek pertahanan JKR dan seterusnya menjaringk­an gol ke-6 pada minit ke-85.

Seakan-akan enam gol belum mencukupi, pemain pertahanan tengah Bambu FC, Mohd.Hafiz Ayub yang mendapatka­n bola daripada rakannya berjaya mengelecek beberapa pemain JKR dan terus berlari dengan begitu yakin dan tenang pada minit yang ke-88, menjaringk­an gol leret di sebelah kiri penjuru pintu gol JKR FC untuk gol yang ketujuh pasukannya sekaligus menambah derita JKR FC.

Adnan Talipudin berkata pada separuh masa yang pertama, anak buahnya gagal bermain pada tahap kemampuan yang sebenarnya namun selepas diberi arahan Bambu FC berjaya mengutip tiga mata penting pada perlawanan sulungnya.

Dengan kombinasi pemain veteran yang berpengala­man di samping rangkaian tiga penyerang, bahagian tengah dan pertahanan bawah yang baru berusia 17 tahun yang kali pertama diturunkan, Mohd. Fitre Rorahimy Rahim sudah mula menunjukka­n bakat dan kemampuann­ya beraksi di samping pemain senior Bambu FC.

Adnan bersama penaja utama Bambu FC, Daztech Resoucers yang diketuai Pengarah Urusannya yang juga pengurus pasukan Bambu FC, Pijan Dawani berharap agar anak buahnya sentiasa menjaga disiplin malah momentum kemenangan ini untuk baki 2 lagi perlawanan dalam Kumpulan F.

“Terima kasih kepada Daztech Resoucers yang meneruskan sokongan padu mereka kepada Bambu FC untuk menggapai kejayaan dalam Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017,”katanya selepas tamat perlawanan di Dataran Labuan, malam Selasa lalu.

Terima kasih kepada Daztech Resoucers yang meneruskan sokongan padu mereka kepada Bambu FC untuk menggapai kejayaan dalam Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017. ADNAN HAJI TALIPUDIN Ketua jurulatih Bambu FC

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PENGARAH Urusan Daztech Resoucers yang juga pengurus pasukan Bambu FC, Pijan Dawani bersama isterinya, Rohayu terus menyokong Bambu FC. (Gambar kiri) BAMBU FC menang besar ke atas JKR 7-0.
(Gambar atas) PENGARAH Urusan Daztech Resoucers yang juga pengurus pasukan Bambu FC, Pijan Dawani bersama isterinya, Rohayu terus menyokong Bambu FC. (Gambar kiri) BAMBU FC menang besar ke atas JKR 7-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia