Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan boling Media Labuan tewaskan KPDNKK

-

LABUAN: Pasukan Persatuan Penggiat Media Labuan (Media Labuan) berjaya menewaskan pasukan Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam perlawanan Tenpin Boling persahabat­an yang diadakan di Arena Tenpin Bowling, Kompleks Ujana Kewangan, malam Selasa.

Pasukan Media Labuan yang diketuai oleh penaungnya yang juga Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berjaya mengumpul 3,490 jatuhan pin berbanding KPDNKK yang memperoleh­i 3,412 jatuhan pin.

Walaupun perlawanan itu bersifat persahabat­an, namun bagi menyuntik semangat kesukanan dan tidak mahu pemain pulang dengan tangan kosong, Rozman telah menyumbang RM1,000 untuk hadiah bagi kategori juara keseluruha­n berpasukan, individute­rbukadanpe­menang jatuhan pin terbanyak kategori lelaki dan wanita.

KPDNKK pula selaku penganjur turut menyediaka­n hadiah berupa hamper kepada pemenang kategori kumpulan.

Selaku juara keseluruha­n, pasukan Media Labuan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Pasukan Media Labuan turut dibarisi Pengarah Jabatan Penerangan Labuan yang juga Penasihat Persatuan Penggiat Media Labuan Azman Sipan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandara­n) Perbadanan Labuan Haji Rithuan Haji Ismail dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin.

Manakala pasukan KPDNKK diketuai oleh Pengarah Arun Fazhillah Hamdan.

Selain muncul juara berpasukan, pasukan Media Labuan turut menjuarai kategori kumpulan yang dimenangi oleh Kumpulan VIP Dua yang dibarisi Jainudin Djimin, Haziq Ruslan, Teo Hock Soon dan Noor Afatizah dengan jatuhan 999 pin.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan VIP 4 dari KPDNKK yang diwakili Khadaffi Biangsing, Mohd Rahdan, Nurin dan Aqillah dengan jatuhan 929 pin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan VIP Satu yang diwakili Rozman, Haji Rithuan, Azman Sipan dan Wahidah Abdulah.

Bagi kategori Individu Terbuka, juara menjadi milik pemain KPDNKK, Nazirul dengan jatuhan 291 pin untuk menerima hadiah wang tunai RM250.

Tempat kedua Khadaffi Biangsing (KPDNKK) dengan jatuhan pin 281 menerima RM150 dan tempat ketiga Jainudin (Media Labuan) dengan jatuhan 266 pin sekaligus meraih RM100.

Sementara itu, Mohd Sofian (KPDNKK) dan Lo Pei Ling (Media Labuan) masingmasi­ng memenangi kategori jatuhan pin tertinggi bagi kategori lelaki dan wanita.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan.

Sementara itu, Jainudin berkata perlawanan itu dapat mengeratka­n lagi hubungan persahabat­an antara media dengan KPDNKK Labuan sekaligus memudahkan mereka menjalanka­n tugas masing-masing.

 ??  ?? ARUN (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Rozman yang menduduki tempat ketiga kategori kumpulan. Turut kelihatan (dari kiri) Wahidah, Azman dan Haji Rithuan Ismail.
ARUN (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Rozman yang menduduki tempat ketiga kategori kumpulan. Turut kelihatan (dari kiri) Wahidah, Azman dan Haji Rithuan Ismail.
 ??  ?? ROZMAN (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Media Labuan. Turut kelihatan Arun (di kiri Rozman) dan Rithuan (kiri).
ROZMAN (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pasukan Media Labuan. Turut kelihatan Arun (di kiri Rozman) dan Rithuan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia