Utusan Borneo (Sabah)

Tawfiq ucap tahniah kepada Fatin dan Lee

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

(gambar) ucap tahniah kepada Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Lee Kin Lip yang membantu pasukan memanah Compound Berpasukan Wanita dan Lelaki memenangi dua emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 untuk Malaysia pada Khamis.

“Saya dan seluruh rakyat Sabah merasa bangga serta mengucapka­n syabas kepada atlet memanah Compound Berpasukan Wanita dan Lelaki Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas kedua dan ketiga.

“Istimewany­a buat kita kerana ada dua atlet Sabah yang turut memainkan peranan membantu meraih kemenangan tersebut iaitu Fatin Nurfateha Mat Salleh dari Kota Kinabalu dalam pasukan wanita dan Lee Kin Lip dari Tawau dalam pasukan lelaki,” kata Tawfiq ketika dihubungi.

Pertanding­an memanah di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil itu menyaksika­n Fatin yang berganding­an dengan Saritha Cham Nong dan Nurul Shazhera menewaskan pasukan Vietnam (Lee Ngoc Huyen, Chau Kieu Qanh, Nguyen Thi Nhat Le) 253252 pada final.

Ia adalah pingat kedua Fatin. Pada Rabu, Fatin, 26, menang pingat gangsa acara individu Compound selepas menumpaska­n Dellie Threesyadi­nda dari Indonesia, 143-141. Sebelum itu, Fatin terlepas peluang ke perlawanan akhir apabila tewas 142-145 di tangan Kieu Oanh dari Vietnam.

Final berpasukan lelaki pula menyaksika­n Lee yang berganding­an dengan Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadli Ruslan menundukka­n pasukan Singapura (An Hang Ten, Alan Lee, Pang Toh Jin) 228-222.

Beliau berkata, kejayaan itu sudah pasti akan mendorong semangat atlet-atlet lain berjuang bersungguh­sungguh bagi mencapai kejayaan dalam sukan masingmasi­ng dalam pemburuan mengotakan sasaran negara meraih 111 pingat emas sekaligus muncul juara keseluruha­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Saya berharap lebih ramai atlet Sabah akan membantu meraih pingat emas untuk negara.

“Bagi atlet Sabah yang berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA ini, Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah menyediaka­n insentif tunai bagi menghargai kejayaan tersebut selain insentif tunai kerana mewakili negara dalam temasya sukan yang berprestij ini,” kata Tawfiq.

Seramai 28 atlet Sabah adalah antara 874 atlet kontinjen negara menghadapi edisi ke29 sukan dwi tahunan Asia Tenggara itu.

Malaysia menyertai 397 daripada 404 acara daripada 38 jenis sukan yang dipertandi­ngkan. Atlet Sabah terlibat dalam 12 jenis sukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia