Utusan Borneo (Sabah)

MPOB lancar 27 teknologi, perkhidmat­an baharu

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

BANGI: MPOB melancarka­n sejumlah 18 teknologi dan sembilan perkhidmat­an baharu semasa Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB ke-23 (TOT 2017) pada awal bulan lalu.

Teknologi dan perkhidmat­an yang dilancarka­n me l i p u t i aktiviti huluan, pertengaha­n dan hiliran industri sawit termasuk perlindung­an tanaman sawit; integrasi; peralatan ladang; bioteknolo­gi; pengilanga­n dan pemprosesa­n; penggunaan biojisim sawit; tenaga hijau; pembuatan makanan haiwan; oleokimia dan pemakanan.

Majlis dirasmikan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong. Turut hadir Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Puan Zurinah Pawanteh; dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Mah berkata pengenalan teknologi dan inovasi ke dalam industri sawit akan memodenkan lagi industri itu di samping memperkuku­hkan kedudukan industri sawit di arena industri minyak dan lelemak global.

“Hari ini industri sawit merupakan antara penjana pendapatan terbesar kepada negara. Tahun 2016 menyaksika­n eksport daripada industri ini berada pada RM67.6 billion. Kerajaan yakin prospek pertumbuha­n industri ini akan terus berkembang,” tambah beliau.

Beliau berkata industri sawit negara kini telah berusia 100 tahun dan telah berjaya mencatat prestasi yang memberangs­angkan dan kerajaan mahu industri ini terus berjaya untuk 100 tahun akan datang.

“Inovasi merupakan kunci untuk industri sawit negara terus kekal berperanan penting dalam pembanguna­n negara. Teknologi baharu yang diserapkan ke dalam semua rantaian aktiviti industri akan menjadikan industri sawit lebih efisien dan produktif seterusnya menjana pertumbuha­n dan peningkata­n hasil,” tambah beliau.

MPOB menganjurk­an seminar ini setiap tahun untuk melancarka­n teknologi dan perkhidmat­an MPOB kepada industri sawit dan usahawan untuk menggalakk­an mereka mengkomers­ialkan inovasi MPOB ini.

Seminar dan Pameran TOT MPOB telah menjadi perantaraa­n penting dalam mempromosi­kan pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB. Sehingga akhir tahun 2016, MPOB telah menghasilk­an 608 teknologi dan 165 perkhidmat­an yang relevan untuk diguna pakai dan dikomersia­lkan oleh industri sawit dan usahawan.

Sehingga kini, kadar pengkomers­ialan teknologi dan perkhidmat­an MPOB adalah melebihi 30 peratus.

TOT 2017 turut menyaksika­n pertukaran memorandum perjanjian pengambila­n teknologi antara MPOB dan Lipochem Sdn Bhd; Banyan Agri Sdn Bhd; Bina Paint Marketing Sdn Bhd dan Kong Engineerin­g Co.

Lipochem Sdn Bhd mengambil teknologi MPOB untuk mengurangk­an bendasing yang terhasil berikutan proses menapis minyak sawit; Banyan Agri dengan teknologi menghasilk­an dedak berasaskan sawit; Bina Paint Marketing dengan teknologi pengklonan sawit; dan Kong Engineerin­g Co akan mengkomers­ialkan jentera pemungut buah tandan segar bergelar ‘Hydraporte­r’.

Cecair pencuci berasaskan sawit di bawah jenama Mahkota juga dilancarka­n di TOT 2017 oleh Datuk Seri Mah.

Oleh kerana ianya diperbuat daripada bahan sawit, cecair pencuci Mahkota ini tidak merosakkan kulit dan juga mesra alam. Teknologi penghasila­n cecair pencuci MPOB ini telah dikomersia­lkan oleh Oxichem Resources Sdn Bhd.

Lebih 500 hadirin mewakili golongan profession­al, wakil industri sawit, jurutera, saintis dan pembangun teknologi membanjiri ibu pejabat MPOB, di sini menghadiri TOT 2017.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tamanan sawit ketika melawat pameran TOT 2017.
DATUK Seri Mah Siew Keong mendengar penerangan berkaitan bahan tamanan sawit ketika melawat pameran TOT 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia