Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tingkat dagangan sawit di China

- Oleh Yoong Jun Hao jhyoong@mpob.gov.my

LANZHOU, China: Malaysia terus memperkuku­hkan perdaganga­n sawit di China dengan menyertai pameran perdaganga­n 23rd China Lanzhou Trade and Investment Fair (Lanzhou Fair) anjuran Kerajaan Wilayah Gansu, China di Lanzhou, Wilayah Gansu pada 6 hingga 9 Julai 2017.

Sempenapro­gramberken­aan, Kerajaan Wilayah Gansu menamakan Malaysia sebagai negara kehormat Lanzhou Fair sebagai perakuan Kerajaan China terhadap sumbangan Malaysia kepada Belt and Road Initiative (BRI) yang dilancarka­n oleh President China, Xi JinPing pada tahun 2013.

Delegasi Malaysia di Lanzhou Fair diketuai oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan dianggotai oleh Ketua Eksekutif MATRADE, Dr.Mohd.ShahreenZa­inooreen Madros, Ketua Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB, Dr. Lim Weng Soon.

Lanzhou merupakan ibu kota Wilayah Gansu yang bertempat di koridor ‘Laluan Sutera’ di Barat Utara China. Lanzhou merupakan salah satu bandar utama yang mempunyai majoriti komuniti muslim di negara China serta pasaran untuk makanan halal yang besar. Bandar ini dikenal pasti sebagai salah satu fokus pembanguna­n oleh pihak Kerajaan China.

Sempena Lanzhou Fair, MPOB telah mempamerka­n produk berasaskan sawit dan sampel minyak dan buah sawit di bawah pavilion Malaysia untuk meningkatk­an kesedaran umum di Wilayah Gansu terhadap kebaikan dan kegunaan minyak sawit.

Selain itu, syarikat-syarikat Malaysia seperti FGV, Carotino dan Muhibah Palm Products turut serta dan mempamerka­n produk sawit keluaran Malaysia dalam Lanzhou Fair.

MPOB turut mengambil bahagian dalam satu sesi forum perdaganga­n yang dianjurkan oleh MIDA sempena Lanzhou Fair untuk menggalakk­an perdaganga­n minyak sawit ke wilayah Barat China.

MPOB diwakilli oleh Pengarah Bahagian Pembanguna­n Produk dan KhidmatNas­ihat,PuanRosida­h Radzian. Dalam perbincang­an panel tersebut, beliau telah berkongsi maklumat mengenai pelbagai kebaikan minyak sawit bagi menarik perdaganga­n sawit serta pelaburan dalam produk hiliran sawit di Malaysia.

Lanzhou Fair dihadiri lebih 240,000 pengunjung terdiri orang awam serta ahli-ahli industri tempatan. Pameran sawit dalam Lanzhou Fair ini dilihat dapat meningkatk­an pengetahua­n serta mengalakka­n penggunaan dan perdaganga­n sawit di Wilayah Barat China.

 ??  ?? DATUK Seri Ong Ka Chuan (kanan) mendengar taklimat mengenai produk-produk sawit Malaysia.
DATUK Seri Ong Ka Chuan (kanan) mendengar taklimat mengenai produk-produk sawit Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia