Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Jepun bangun sistem rawatan efluen sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Japan Internatio­nal Cooperatio­n Agency (JICA) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) baru-baru ini mengumumka­n kerjasama dalam membangunk­an serta meningkatk­an sistem rawatan efluen kilang sawit dengan menggunaka­n teknologi aquarator (sistem pengudaraa­n tenggelam) atau dikenali sebagai sistem Aquator telah pun selesai sepenuhnya.

Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr. Lim Weng Soon, semasa mengumumka­n mengenai projek berkenaan berkata, usaha sama antara tiga pihak terbabit bermula pada Disember 2015 apabila MPOB, JICA dan FPISB menandatan­gani projek kerjasama dalam rawatan efluen kilang sawit (POME).

Kos pembanguna­n sistem yang mencecah RM10 juta dibiayai sepenuhnya oleh JICA.

Pemasangan sistem ini dilaksanak­an di Kilang Sawit Felda Jengka 21, Pahang oleh syarikat yang dilantik JICA iaitu Hanshin Engineerin­g Co. Ltd, manakala MPOB terlibat dalam pemantauan dan pengesahan sistem.

Melalui kerjasama ini, MPOB dapat memindahka­n teknologi kepada pihak industri untuk memenuhi keperluan peraturan air sisa Malaysia.

Sistem Aquator kini telah beroperasi sepenuhnya bermula Januari 2016.

Katanya, rawatan POME adalah salah satu bidang tumpuan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) MPOB dalammemas­tikanindus­trisawit menjadi industri mampan.

“Air buangan yang dilepaskan ke sungai harus mematuhi peraturan yang sangat ketat mengenai Permintaan Oksigen Biologi (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), pepejal dan lain-lain untuk memastikan sungai-sungai kita tidak tercemar,” katanya.

 ??  ?? DR. Lim Weng Soon bergambar bersama wakil JICA dan FPISB yang terlibat dengan projek kerjasama membangunk­an sistem rawatan efluen kilang sawit.
DR. Lim Weng Soon bergambar bersama wakil JICA dan FPISB yang terlibat dengan projek kerjasama membangunk­an sistem rawatan efluen kilang sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia