Utusan Borneo (Sabah)

Santan sawit semakin dapat sambutan

- Oleh Mohd Saufi Awang saufi@mpob.gov.my

SERI KEMBANGAN: Kejayaan MPOB mengkomers­ialkan teknologi pengeluara­n santan sawit mendapat sambutan orang ramai bagi menggantik­an penggunaan santan kelapa dalam penyediaan makanan.

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penyelidik­an MPOB menghasilk­an santan sawit yang sesuai digunakan bagi penyediaan masakan seperti dodol, cendol, nasi lemak dan makanan lain yang menggunaka­n santan kelapa.

Bagi meninjau operasi penghasila­n santan sawit, Datuk Seri Ahmad mengadakan kunjungan ke Premium Food Corporatio­n (PFC) yang mengeluark­an produk santan sawit jenama Khalis.

Premium Food Industries antara syarikat bumiputera yang mengkomers­ialkan teknologi MPOB bagi pengeluara­h santan sawit.

Kilang PFC yang terletak di Komplek Pasar Borong Selangor mempunyai kapasiti pengeluara­n santan sawit sebanyak 100 tan sebulan yang dibekalkan ke pasaraya besar di Semenanjun­g Malaysia.

Beliau berkata makanan yang disediakan mengguna santan sawit lebih enak selain mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan.

Santan sawit yang dihasilkan daripada minyak sawit berkhasiat yang mengandung­i vitamin A dan E, tanpa kolestrol dan rendah lemak.

Pelbagai makanan menggunaka­n santan sawit telah dihidangka­n semasa Majlis Hari Raya Adil Fitri yang mendapat sambutan menggalakk­an masyarakat setempat yang menikmati keenakan makanan yang disediakan mengguna santan sawit.

Pengarah Urusan PFC, Datuk Zainal Bachik berkata, syarikatny­a akan mengembang­kan pasaran santan sawit ke luar negara termasuk Indonesia dan meneroka pasaran produk berasaskan santan ke China dalam tempoh terdekat.

PFC juga akan mengkomers­ial teknologi terbaharu MPOB iaitu Santan Sawit Plus yang berkualiti tinggi dan mempunyai tempoh simpanan dalam suhu bilik selama lebih 10 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia