Utusan Borneo (Sabah)

Penghidu gam maut terjatuh dari tingkat lapan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang penghidu gam maut serta merta di lokasi kejadian manakala rakannya parah selepas terjatuh dari tingkat lapan di sebuah bangunan Api-Api Center di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kejadian pada Jumaat jam 9.50 malam membabitka­n dua lelaki tempatan berumur 15 dan 16 tahun.

“Kejadian awal mendapati mangsa disedari jatuh oleh pengawal keselamata­n yang terdengar bunyi kuat dari tingkat dua bangunan berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati salah seorang daripada dua lelaki yang dalam keadaan terbaring di tingkat dua disahkan meninggal dunia dengan kesan cedera pada bahagian kepala manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah.

“Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang meninggal adalah warga tempatan berumur 15 tahun berasal dari Kampung Penampang Baru, Penampang.

Katanya, hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa bertindak menghidu gam di bahagian bumbung yang berada di tingkat lapan bangunan sebelum dipercayai terjatuh ke lobi bangunan di tingkat dua.

“Polis turut menemui plastik berwarna oren berisi tin gam dan plastik putih berisi gam dan dua selipar dipercayai milik mangsa di bumbung bangunan.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Kes Mati Mengejut (SDR),” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi tindakan selanjutny­a.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia