Utusan Borneo (Sabah)

Rumah pekerja 18 pintu musnah terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Rumah pekerja 18 pintu di Kampung Bantayan Inanam di sini, dilaporkan musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, kejadian jam 9.50 malam membabitka­n rumah pekerja seluas 30x150 kaki persegi.

“Kita menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam dan menggegask­an tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan tujuh anggota bantuan dan BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba tiba di lokasi kejadian jam 10.19 malam dan melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba dan pili bomba berdekatan.

Katanya, pihaknya bagaimanap­un mengalami kesukaran untuk melakukan operasi pemadaman berikutan tekanan air yang rendah dari pili bomba terbabit.

“Rumah pekerja terbabit musnah sepenuhnya dalam kejadian ini dan tiada sebarang mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian ini,” katanya sambil menambah operasi keseluruha­n tamat jam 1.48 pagi Sabtu.

Dalam kejadian berasingan rumah pekerja milik Lembaga Getah Negeri Sabah turut musnah dalam kejadian di Kg. Taginambur Kota Belud awal pagi Sabtu.

“Anggota bomba berusaha melaksanak­an operasi pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dengan lebih besar.

“Operasi dapat menyelamat­kan stor seluas 20x50 kaki persegi yang bersambung dengan rumah terbabit bagaimanap­un umah pekerja jenis sementara seluas 16x20 kaki persegi musnah dalam kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, operasi disertai sembilan anggota BBP Kota Belud sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.25 pagi.

Tambahnya,pihaknyama­sih menyiasat punca kebakaran dan jumlah keseluruha­n kerugian yang dialami dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.

Sementara itu, sebuah bilik hotel yang terletak di Sembulan terjejas selepas beberapa barangan utama di dalamnya musnah terbakar.

Khatizah berkata, kebakaran di tingkat tiga itu membabitka­n almari, penghawa dingin, blower dan siling dan anggota bomba menggunaka­n pemadaman

‘wet riser hose’ pada bilik bagi mengawal kebakaran merebak lebih besar.

Katanya operasi berakhir jam 10.27 malam Jumaat dan tiada mangsa dilaporkan cedera.-

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman di rumah pekerja jenis sementara di Kampung Taginambur Kota Belud.
ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman di rumah pekerja jenis sementara di Kampung Taginambur Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia