Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu ada semangat patriotism­e: Hamisa

-

TAWAU: Generasi muda khususnya di daerah Tawau perlu mempunyai semangat patriotism­e dan diperkasa agar memiliki semangat yang tinggi lagi jitu dalam mencapai Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata pemerkasaa­n itu perlu dilaksanak­an melalui sistem sosialisas­i pendidikan yang mengutamak­an nilai patriotism­e bagi mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n negara.

Katanya lagi, perkara itu penting bagi membendung budaya ekstremism­e dan keganasan yang berleluasa termasuk dalam alam siber yang akan membantutk­an aspirasi TN50.

“TN50 tidak akan tercapai jika belia kita tidak diajar dengan nilai-nilai murni utama iaitu adat resam, budaya dan kesenian serta nilai-nilai peribadi seperti kesopanan dan etika.

“Patriotism­e boleh mempengaru­hi keadaan kerana apabila tiada rasa cinta pada negara, tiada kesetiaan dan tidak merasa bangga dengan negara, kita akan buat kerja sambil lewa dan tidak berasa malu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Semarak Jalur Gemilang Rukun Tetangga dan Ceria Merdeka Tabika Perpaduan daerah Tawau di Padang Perbandara­n Tawau pada Sabtu.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Daerah Tawau, Rosnah Wading, guru-guru Tadika Perpaduan dan kanakkanak tadika.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, menyeru masyarakat terutama golongan belia, tidak seharusnya mengaitkan fahaman politik dengan kecintaan kepada negara.

“Segelintir­pihakmempu­nyai persepsi bahawa cintakan negara itu dikaitkan dengan parti politik, atau individu dalam parti pemerintah. Emosi mereka telah dimainkan untuk membenci parti atau pemimpin tertentu kerana ia seolaholah turut membenci langkah mengadakan program cintakan negara.

“Saya menyaranka­n agar rakyat kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara supaya patriotism­e tidak terhakis selain mengadakan banyak aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Jelasnya, semangat cintakan tanah air perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak, supaya generasi masa depan mempunyai semangat jati diri yang tinggi dan tidak mudah dipengaruh­i unsur negatif terhadap kemerdekaa­n negara.

Tegas Hamisa, usaha itu perlu dimulakan daripada sekarang kerana dibimbangi generasi akan datang, semangatny­a akan luntur dalam suasana global yang semakin mencabar. Sekarang kita lihat semangat cintakan negara dalam kalangan anakanak muda semakin luntur, kerana kurangnya pendedahan betapa pentingnya semangat cintakan negara.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya menyemarak­kan bulan kemerdekaa­n ini dengan mengibarka­n Jalur Gemilang termasuk di rumah sendiri sebagai tanda cinta kepada tanah air dan semangat kemerdekaa­n kerana ia bukan hanya sekadar kain, tetapi memiliki pengertiaa­n yang mendalam untuk sebuah kemerdekaa­n. Dengan cara itu akan dapat menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e kepada tanah air tercinta.

“Semangat patriotik yang ditunjukka­n oleh murid-murid tabika umpama kata pepatah ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’.

“Anak-anak ini akan menjadi seorangpem­impinnegar­akitadi masa hadapan memandangk­an anak-anak ini merupakan pewaris kemerdekaa­n yang akan meneruskan dan mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara kita demi kelangsung­an pembanguna­n dan kemajuan negara pada masa hadapan,” ujarnya.

 ??  ?? HAMISA meluangkan merdeka bersama-sama dengan Rukun Tetangga dan kanak-kanak Tabika Perpaduan daerah Tawau.
HAMISA meluangkan merdeka bersama-sama dengan Rukun Tetangga dan kanak-kanak Tabika Perpaduan daerah Tawau.
 ??  ?? HAMISA menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Rukun Tetangga daerah Tawau.
HAMISA menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Rukun Tetangga daerah Tawau.
 ??  ?? BACAAN ikrar oleh adik Abdul Razki Abdul Razak wakil Tabika Perpaduan daerah Tawau.
BACAAN ikrar oleh adik Abdul Razki Abdul Razak wakil Tabika Perpaduan daerah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia