Utusan Borneo (Sabah)

Kem PLKN Bagai Budi Sandakan tawar kemasukan pelatih pada September

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bagai Budi disini mempelawa remaja berumur 18 hingga 21 tahun yang berminat untuk menyertai latihan sebagai pelatih PLKN secara sukarela bagi Kumpulan 4/2017 Siri Khas pada September.

Setakat ini, seramai 164 calon telah mendaftar untuk pengambila­n latihan siri khas tersebut di kem itu.

Ketua Pengarah JLKN, Dato’ Mohmed Asri Yusof, pendaftara­n yang terbuka kepada 400 calon pelatih itu telah bermula kini hingga 10 September dengan tarikh kemasukan pada 30 September. Tempoh latihan selama 60 hari.

Kelayakan pendaftara­n termasuk warganegar­a Malaysia; remaja lepasan SPM yang berumur 18 hingga 21 tahun; belum pernah menyertai PLKN 2.0; sihat tubuh badan; dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Mereka yang berminat boleh mendaftar kepada pihak kaunseling bekas sekolah masing-masing ataupun melayari laman sesawang PLKN selain mendaftar terus di Kem Bagai Budi atau menghubung­i talian 089671499 untuk keterangan lanjut.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Koordinasi Pengambila­n Pelatih PLKN 2.0 di Kem Bagai Budi, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Komandan Kem PLKN, Leftenan Komander Ezat Mohd Azan Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Kem PLKN Bagai Budi, Haji Anwar Yeo Abdullah.

Mohmed Asri menambah, pihaknya ingin bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan untuk memberikan tawaran kemahiran kepada calon pelatih yang akan mengikuti PLKN pada September ini.

 ??  ?? MOHMED Asri (dua, kanan) bersama tetamu lain selepas Mesyuarat Koordinasi Pengambila­n Pelatih PLKN 2.0 di Kem Bagai Budi.
MOHMED Asri (dua, kanan) bersama tetamu lain selepas Mesyuarat Koordinasi Pengambila­n Pelatih PLKN 2.0 di Kem Bagai Budi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia