Utusan Borneo (Sabah)

Terus sokong usaha kerajaan

Bangunkan dasar pendidikan negara

- NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Rakyat perlu terus menyokong usaha kerajaan membangunk­an dasar pendidikan agar kemerdekaa­ndapatdija­yakan dan terus mensejahte­rakan masa depan negara.

Menurut Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal, dasar pendidikan negara yang dilaksanak­an sejak dahulu lagi bermatlama­t memajukan bangsa di negara yang majmuk ini.

“Banyak fasa telah dilalui untuk memperbaik­i matlamat dasar pendidikan negara termasukla­h memajukan sosio ekonomi rakyat yang berbilang kaum, budaya tradisi dan fahaman agama.

“Negara kita unik yang bukan sahaja merdeka setelah kejayaan kita bermuafaka­t tapi kita sebenarnya maju makmur sehingga hari ini kerana kejayaan kita bermuafaka­t, salinghorm­atmenghorm­atidan menyemarak­kan perpaduan,” katanya.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Hari Merdeka Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh 2017, dekat sini, pagi Sabtu.

Menurut beliau, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha memastikan pelajaran anakanak tidak terabai.

Katanya, cabaran masa depan juga menuntut pada perubahan semua pihak dalam menghadapi reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan bertaraf dunia.

Turut hadir Pengetua SMK Agaseh Junainah Lo, Yang Dipertua PIBG SMK Agaseh, Saidin Seperudin.

Festival yang berlangsun­g dua hari itu dianjurkan PIBG sekolah untuk mengumpul dana menambahba­ik prasarana sekolah.

“Dasar pendidikan negara yang dilaksanak­an sejak dahulu lagi bermatlama­t memajukan bangsa di negara yang majmuk ini.” DATUK MOHD YUSOF APDAL Ketua Umno Bahagian Silam

 ??  ?? YUSUF disematkan hiasan bunga sejurus ketibaanny­a yang diiringi Junainah dan Saidin.
YUSUF disematkan hiasan bunga sejurus ketibaanny­a yang diiringi Junainah dan Saidin.
 ??  ?? YUSOF menyempurn­akan pelepasan belon sebagai gimik perasmian.
YUSOF menyempurn­akan pelepasan belon sebagai gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia