Utusan Borneo (Sabah)

Empat jejambat akan dibina

Di kawasan Sepanggar dalam usaha kurangkan masalah kesesakan

-

KOTA KINABALU: Empat jejambat akan dibina di kawasan Sepanggar tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata empat jejambat (flyover) itu akan melibatkan kawasan Indah Permai, simpang Rampayan, persimpang­an UMS dan persimpang­an Kingfisher.

Beliau berkata peruntukan sudah diluluskan Kerajaan Persekutua­n. Kini, mereka hanya menunggu urusan teknikal selesai sebelum kerjakerja pembinaan dimulakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

“Kontraktor sudah ditentukan maka, pembinaann­ya boleh dimulakan pada bila-bila masa kerana ia tidak melibatkan pengambila­n tanah kerana kita akan menggunaka­n jajaran yang sama untuk pelebaran jalan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Persidanga­n Umno Bahagian Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pembinaan jejambat yang menelan kos keseluruha­n kira-kira RM420 juta itu akan berjalan secara serentak dan ia dilihat akan membolehka­n aliran trafik di kawasan Sepanggar lebih teratur.

Dalam pada itu, menyentuh tentang perkembang­an Projek Bas Rapid Transit (BRT) di negeri ini, Rahman berkata, sistem BRT di negeri ini akan dibina dengan konsep laluan atas jalan (elevated pile-up).

Ini bagi membolehka­n laluan itu ditukarkan menjadi laluan Transit Aliran Ringan (LRT) pada masa akan datang. Pembinaan laluan BRT dengan konsep sebegini akan menjadi yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Beliau berkata kajian awal sudah dilakukan dan berkemungk­inan peruntukan bagi pembinaan BRT ini akan dimasukkan dalam Belanjawan 2018. Projek pembinaan Sistem BRT ini melibatkan dua fasa dengan jumlah peruntukan RM 3bilion.

Namun untuk memperoleh peuntukan itu, Kementeria­n Kewangan akan melihat dari segi keutamaan kerana banyak projek yang sedang berjalan seperti pembinaan Transit Aliran Massa (MRT), Express Rail Link (ERL) dan Lebuh Raya Pan Borneo.

Daripada sudut teknikal pula, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (Spad) memaklumka­n pembinaan BRT atas jalan ini boleh dilakukan.

Menurutnya fasa membantu masyarakat di pertama sistem BRT ini sekitar Sepanggar berdepan melibatkan pembinaan kesesakan jalan. laluan dari InanamBand­araya-Lapangan Katanya pembinaan sistem BRT ini mungkin akan Terbangan Antarabang­sa menggunaka­n bas elektrik Kota Kinabalu dilihat akan berbanding sistem yang sedia ada yang digunakan di Kuala Lumpur.

Katanya masih belum terdapat keperluan bagi membina LRT di pusat bandaraya ini kerana populasi penduduk belum mencapai tahap yang ditetapkan. Oleh itu, sementara menunggu masa yang sesuai untuk membina LRT maka, pembinaan sistem BRT atas jalan ini diberi keutamaan terlebih dahulu.

“Kontraktor

sudah ditentukan maka, pembinaann­ya boleh dimulakan pada bila-bila masa kerana ia tidak melibatkan pengambila­n tanah kerana kita akan menggunaka­n jajaran yang sama untuk pelebaran jalan, ” DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? PEMANGKU Ketua Pergerakan Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rahman (dua kanan), sambil disaksikan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Penggguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (kanan) semasa Majlis...
PEMANGKU Ketua Pergerakan Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rahman (dua kanan), sambil disaksikan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Penggguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (kanan) semasa Majlis...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia