Utusan Borneo (Sabah)

30 ahli Pasukan Trekking Bomba Sabah berjaya tawan puncak Trusmadi

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Seramai 30 orang ahli Pasukan Trekking Bomba Sabah terdiri daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat pelbagai pangkat dari seluruh negeri telah menjalanka­n aktiviti mendaki dan menawan puncak Gunung Trusmadi di sini, baru-baru ini.

Trusmadi adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,642 meter dari paras laut dan terletak di daerah ini.

Program anjuran Pasukan Trekking Bomba Sabah memulakan pendakian pada 11 hingga 13 Ogos melalui laluan Kaingaran Tambunan yang mengambil masa tiga hari untuk sampai ke puncak.

Ahli-ahli rombongan bertolak dari lokasi masing-masing dan betemu di Tambunan sebelum meneruskan perjalanan ke tapak permulaan dan meneruskan pendakian ke rumah rehat untuk bermalam, sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi dan kemudianny­a kembali ke Mirad Irad Base Camp serta meneruskan perjalanan balik ke Pekan Tambunan pada keesokkan harinya.

Pengarah Jabatan Bom badan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi yang mengetuai misi pendakian itu berkata, ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pihak jabatan itu selain berbentuk riadah dan rekreasi kepada semua pegawai.

Katanya, ia memberi peluang kepada para pegawai dan anggota untuk meninjau keadaan denai yang dilalui serta membuat penilaian berkaitan keadaan di sana bagi membolehka­n pihak mereka mendapat maklumat yang cukup untuk merancang sebarang aktiviti menacari dan menyelamat bagi kawasan tersebut.

“Aktiviti ini juga merupakan sokongan kepada Program Tahun Melawat Tambunan (VTBN2017) iaitu mempromosi tempat menarik di daerah ini.

 ??  ?? NORDIN bersama ahli pasukan berjaya menawan puncak gunung Trusmadi sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.
NORDIN bersama ahli pasukan berjaya menawan puncak gunung Trusmadi sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia