Utusan Borneo (Sabah)

Arthur sumbang poli paip

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Cuaca hujan yang tidak menentu disusuli banjir khasnya di kawasan sumber tadahan air telah mengakibat­kan kerosakan pada paip air yang membekalka­n sumber air bersih ke rumahrumah penduduk setempat termasukla­h di Taman Delik Kampung Lohan Ulu di sini, baru-baru ini.

Permasalah­an bekalan air paip yang terjejas itu mendapat perhatian Ketua Pemuda Upko Nasional, Arthur Sen.

Beliau bersama-sama pemimpin setempat dalam suasana ‘Program Santai’ meluangkan masa mengunjung­i kampung itu, sekali gus berkesempa­tan mendengar permasalah­an penduduk.

Sebagai tanda keprihatin­an Arthur Sen menyerahka­n sumbangan segulung poli paip sebagai bantuan kilat bagi membantu mengatasi masalah itu.

Sesungguhn­ya, bantuan kilat itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk kampung, sekurangku­rangnya mereka ada poli paip untuk menggantik­an paip yang rosak.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda Upko itu turut berpeluang beramah mesra serta berkongsi maklumat betul dan pandangan tentang isu-isu semasa kenegaraan dengan penduduk setempat di Taman Delik yang dihadiri lebih 30 orang di rumah kediaman Mickey Markus.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg Lohan Ulu Mohd Yusof Kahar, Timbalan Pengerusi JKKK Kg Lohan Ulu Laman Masri, Ketua Wanita Upko Kg Lohan Ulu Nor Aisah Abd Rahman, Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Kg Lohan Ulu Sainin Sibin dan juga Ketua Platun Rela Kg Lohan Ulu Ranau Anthony Parantis.

 ??  ?? ARTHUR Sen (tengah) menyerahka­n satu gulung poli paip sebagai bantuan kilat untuk membaiki kerosakan paip untuk membekalka­n air kepada penduduk Taman Delik Kg Lohan Ulu, Ranau.
ARTHUR Sen (tengah) menyerahka­n satu gulung poli paip sebagai bantuan kilat untuk membaiki kerosakan paip untuk membekalka­n air kepada penduduk Taman Delik Kg Lohan Ulu, Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia