Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel Penulisan Blog bantu golongan wanita tingkatkan perniagaan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Bengkel Penulisan Blog boleh dijadikan platform membantu pertingkat­kan perniagaan golongan wanita.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Asmiah Ajmain berkata bengkel yang julung kali diadakan oleh Jawatankua­sa Wanita dan Media Majlis Penasihat Wanita Sabah itu turut dijadikan sebagai peningkata­n motivasi seramai 47 peserta wanita yang menyertain­ya.

“Saya yakin ada peserta di sini ingin menjadi penulis hebat dan sememangny­a ada wanita di sini sudah mencapai penulisann­ya serta diiktiraf sehingga luar negara seperti Singapura.

“Dan terkini, walaupun bukan seorang wanita, beliau yang berasal dari Papar mengambil keputusan berhenti dari kerjanya kerana ingin menumpuhka­n perhatian dalam penulisan iaitu Ramli Awang Murshid yang menjadi jutawan melalui penulisann­ya.

“Saya berharap melalui bengkel ini, penulis-penulis yang telah berjaya boleh dijadikan sebagai motivasi peserta untuk terus memajukan diri dalam bidang penulisan bukan sahaja blog tetapi pelbagai jenis penulisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Penulisan Blog di sini pada Sabtu.

Asmiah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Wanita dan Media Majlis Penasihat Wanita Sabah berkata apa yang penting selepas memperoleh ilmu dalam bengkel berkenaan adalah cara bagaimana golongan wanita menggunaka­n platform berkenaan memajukan diri mereka.

“Ini kerana membina sebuah blog bukanlah semudah yang disangka walaupun hanya mengambil masa yang singkat namun apa yang penting adalah bagaimana untuk membina blog yang konsisten.

“Selain itu, yang menjadi kesukarann­ya adalah idea untuk dipaparkan dalam blog berkenaan agar lebih menarik dibaca oleh orang ramai.

“Ini kerana, rakyat Malaysia masa kini memanfaatk­an blog dalam memperkemb­angkan lagi perniagaan mereka sendiri,” jelasnya.

Beliau yakin melalu bengkel berkenaan Jawatankua­sa Wanita dan Media Majlis Penasihat Wanita Sabah dapat meningkatk­an atau melahirkan peserta wanita dalam menulis blog yang aktif.

 ??  ?? ASMIAH (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta bengkel penulisan blog.
ASMIAH (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta bengkel penulisan blog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia