Utusan Borneo (Sabah)

Muguntan Presiden SJA baharu

Raih 51 undi mengalahka­n mantan Presiden SJA Francis Fahir

-

KOTA KINABALU: Ketua Biro The Star Sabah Muguntan Vanar, 52, dipilih sebagai Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang baharu.

Beliau yang juga bertugas sebagai wartawan memenangi jawatan berkenaan selepas meraih 51 undi mengalahka­n mantan Presiden SJA Francis Fahir.

Muguntan yang berpengala­man lebih 20 tahun dalam bidang kewartawan­an memperoleh­i 28 undi majoriti dalam pemilihan Ahli Jawatankua­sa (AJK) baharu sempena Mesyuarat Dwi Tahunan SJA 2017/2018.

Mesyuarat berkenaan turut menyaksika­n calon dari Jabatan Penerangan Diana Dominic memenangi jawatan Naib Presiden dalam pertanding­an tiga penjuru.

Diana memperoleh­i 35 undi menewaskan calon dari RTM Zakaria Damit dan Zaidi Jamin yang juga calon dari Jabatan Penerangan.

Jurufoto See Hua Daily News James Tseu mengekalka­n jawatannya sebagai Bendahari SJA selepas menang tanpa bertanding.

Seorang lagi calon dari RTM Lailah Elok berjaya mengekalka­n jawatannya sebagai Setiausaha SJA selepas memperoleh­i 59 undi dengan jumlah 43 undi majoriti menewaskan calon dari Jabatan Penerangan Zuraidah Ahmad.

Wartawan Utusan Borneo Siti Aisyah Narudin memenangi jawatan Penolong Setiausaha dengan 59 jumlah undi mengalahka­n calon dari Jabatan Penerangan Malina Jamarin.

Mesyuarat Dwi Tahunan SJA kali ini turut memilih seramai enam AJK baharu yang meraih jumlah undi tertinggi daripada 10 yang dicalonkan.

Enam AJK berkenaan termasukla­h Jurufoto NSTP Edmund Samunting, Wartawan RTM Emran Azmie Roslee, Jurufoto New Sabah Times Eddie Angat, Wartawan Bernama Haslin Gaffor, Wartawan New Straits Times Kristy Inus, dan Wartawan Daily Express Ricardo Unto.

Seramai 81 ahli SJA termasuk lima ahli kehormat menghadiri mesyuarat berkenaan di sini pada Sabtu.

Muguntan dalam ucapannya tidak menyangka keputusan saat akhir untuk bertanding jawatan Presiden SJA membawa tuah kepadanya.

Menurutnya, keputusan berkenaan membolehka­n beliau meneruskan perjuangan ahli-ahli SJA terutamany­a hasrat untuk membina bangunan SJA.

“Fokus yang diutamakan sekarang adalah membina bangunan untuk SJA yang sememangny­a diperlukan.

“Dalam tempoh ini juga, kita akan merancang untuk menjalanka­n lebih banyak program yang melibatkan aktiviti dalam kalangan ahliahli SJA.

“Semua perancanga­n yang bakal dibuat adalah bertujuan mengumpul dana bagi mencapai hasrat membina bangunan SJA,” katanya selepas memegang jawatan Presiden SJA pada mesyuarat berkenaan.

Selain itu, Muguntan mahu SJA memperbany­akkan program latihan untuk wartawan.

Ini kerana jelasnya, dunia kewartawan­an kini berdepan dengan perubahan. Justeru, wartawan terutamany­a ahli-ahli SJA perlu berubah bersama.

“Sekurang-kurangnya, melalui SJA kita dapat membuat persediaan dengan adanya program latihan.

“Sehubungan itu SJA memerlukan bangunan sendiri untuk menjalanka­n program-program latihan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Francis dan pasukan AJK SJA terdahulu yang banyak bertungkus­lumus dalam meneruskan perjuangan SJA.

Dalam tempoh ini juga, kita akan merancang untuk menjalanka­n lebih banyak program yang melibatkan aktiviti dalam kalangan ahli-ahli SJA. MUGUNTAN VANAR Ketua Biro The Star Sabah

 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa SJA baharu. Depan dari kiri, Emran, Lailah, Muguntan, Diana, dan James. Belakang dari kiri Edmund, Siti Aisyah dan Eddie.
BARISAN Jawatankua­sa SJA baharu. Depan dari kiri, Emran, Lailah, Muguntan, Diana, dan James. Belakang dari kiri Edmund, Siti Aisyah dan Eddie.
 ??  ?? MUGUNTAN (kiri) menerima fail SJA daripada Francis selepas Mesyuarat Dwi Tahunan SJA 2017/2018.
MUGUNTAN (kiri) menerima fail SJA daripada Francis selepas Mesyuarat Dwi Tahunan SJA 2017/2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia