Utusan Borneo (Sabah)

10 buah rumah terima bantuan baikpulih

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Sim-Sim di sini menerima bantuan baikpulih di bawah Program Touch Point DUN Tanjung Papat 2017.

Kesemua ketua isi rumah yang terlibat adalah dari kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-kasih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, program baikpulih rumah itu adalah di bawah pembiayaan Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah (SDO) dengan Esscom selaku agensi pelaksana.

Katanya, projek berkenaan merupakan salah satu projek cinta negara yang dilaksanak­an secara bergotong-royong melibatkan pelbagai agensi.

“Esscom selaku agensi yang diamanahka­n untuk melaksanak­an program gotong-royong membaiki rumah dalam kalangan mereka yang tersenarai dalam e-kasih di Sandakan khususnya di Kampung Sim-Sim. Kita telah memilih 10 buah rumah dan pagi ini kita cuba buat setakat mana yang boleh dan berharap kerja-kerja membaikpul­ih akan berjalan lancar tanpa ada gangguan khususnya cuaca.

“Sebanyak RM10,000 diperuntuk­kan untuk sebuah rumah bagi pembaikan kecil seperti membaiki zink atau atap rumah, dinding uzur, lantai dan sebagainya. Kerjakerja membaikpul­ih bermula hari ini (Sabtu) dan dijangka akan siap secepat mungkin sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hari.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu rakyat yang amat memerlukan dan kita harap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya pada majlis pelancaran program itu di Tadika Sinar Harapan, Kampung Sim-Sim di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Mohd Isa, 67, berterima kasih dan bersyukur kepada pihak kerajaan dan semua agensi terlibat dalam menjayakan program membaikpul­ih itu.

“Saya selaku penerima sumbangan menghargai pencetus program dan amat berharap agar ia dapat diteruskan kerana saya percaya masih ramai lagi penduduk kampung yang mengharapk­an bantuan seumpama ini,” jelasnya.

Beliau telah menetap di rumah itu bersama isteri dan enam orang anaknya sejak 40 tahun yang lalu.

 ??  ?? BANTUAN: Sebanyak 150 buah tangki 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Inderasaba­h dan Kampung Titingan, Tawau yang telah disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kawasan Apas Sarman Amat Simito, mewakili Ahli Dewan...
BANTUAN: Sebanyak 150 buah tangki 1Malaysia telah diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Inderasaba­h dan Kampung Titingan, Tawau yang telah disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Kawasan Apas Sarman Amat Simito, mewakili Ahli Dewan...
 ??  ?? KERJA baikpulih 10 buah rumah di Kampung Sim-Sim bermula.
KERJA baikpulih 10 buah rumah di Kampung Sim-Sim bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia