Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN sentiasa bela nasib rakyat

-

SANDAKAN : 10 buah rumah dibina untuk rakyat di zon kepulauan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong satu lagi bukti jelas keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membela rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, kerajaan BN tidak pernah meminggirk­an rakyat khususnya mereka yang berpendapa­tan rendah termasuk penduduk di zon kepulauan.

Bantuan tersebut, katanya, bukan sahaja meringanka­n beban mereka tetapi satu terjemahan manifestas­i sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab untuk membela nasib rakyat di negara ini.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat. Oleh itu, kita perlu terus menyokong kerajaan di bawah kepimpinan BN dan sentiasa bersatu padu dan bekerjasam­a demi memastikan perpaduan dan kestabilan yang dinikmati dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau meninjau kerja-kerja pembaikkan rumah penduduk di Kampung Pulau Shanghai, di sini semasa Program Baik Pulih Rumah secara Gotong royong tahun 2017 pada Sabtu.

Samsu di n yang juga Ketua Umno bahagian Batu Sapi merakam ucapan terima kasih kepada kepada Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah, atas bantuan projek baikpulih bagi sepuluh (10) buah rumah di Pulau Shanghai.

Ini merupakan kelangsung­an program pembanguna­n bagi tujuan membela penduduk kampung yang tinggal disekitar persisiran pantai di Zon Sekong, Batu Sapi.

Dalam pada itu, beliau mahu pemimpin masyarakat peringkat kampung agar menjalanka­n peranan mereka sebagai mata dan telinga kerajaan bagi menjayakan dasar kerajaan.

Katanya, fungsi pemimpin masyarakat amat penting bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi menerima maklumat tepat tentang dasar-dasar dan polisi kerajaan dalam melaksanak­an projek-projek pembanguna­n untuk kesejahter­aan bersama.

“Pemimpin masyarakat perlu turun padang untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat di kawasan mereka tentang program pembanguna­n dan dasar kerajaan agar mereka memahami hasrat dan aspirasi kerajaan,” katanya lagi.

Jelas Samsudin, setiap lapisan masyarakat diseru mempertaha­nkan keamanan yang dikecapi dengan terus memberi kepercayaa­n kepada kerajaan pimpinan BN bagi menjamin kesinambun­gan agenda membela rakyat.

“Dasar-dasar kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman telah terbukti membawa pelbagai transforma­si yang bermanfaat kepada setiap lapisan rakyat.

“Seharusnya kita pertahanka­n keamanan yang dikecapi dan kalau kita tak dapat nak balas jasa kerajaan sekali pun, tak perlu kita menentang kerajaan,” tegasnya.

Samsudin yang juga Pengerusi BN Batu Sapi meminta kerajaan perlu m emper timbang untuk menyalurka­n lebih banyak peruntukka­n bagi program baik pulih rumah bagi Parlimen berkenaan khususnya dalam DUN Sekong.

“Ini kerana masih banyak penduduk yang mendiami kawasan kepulauan dalam DUN berkenaan yang rata-rata berkerja sebagai nelayan memerlukan pembaikkan rumah akibat rumah diduduki terlalu usang.

Menurutnya, ketika ini kerajaan melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri hanya menyalurka­n peruntukka­n seratus ribu ringgit kepada Parlimen Batu Sapi bagi membaik pulih 10 buah rumah terpilih dalam DUN berkenaan dan ia tidak mencukupi berikutan masih banyak rumah memerlukan pembaikkan.

Dalam perkembang­an lain, Samsuddin berkata, ketika ini kerajaan juga sedang membina dua buah masjid masing-masing di Kampung Pulau Shanghai dan Kampung Pulau Tronglit dengan nilai RM 500,000 sebuah.

Katanya, pihaknya juga telah mengemukak­an permohonan bagi pembinaan sebuah jambatan dari Pulau Shanghai ke Pulau Tronglit sejauh kira-kira 300 meter.

Beliau menjelaska­n pembinaan jambatan berkenaan penting demi memudahkan pelajar sekolah dari kampung Pulau Shanghai untuk hadir ke Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang, di Pulau Tronglit, Sandakan.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama masyarakat semasa Program Baik Pulih Rumah secara gotong royong tahun 2017 di Pulau Shanghai Zon Kepulauan, Sekong.
SAMSUDIN bersama masyarakat semasa Program Baik Pulih Rumah secara gotong royong tahun 2017 di Pulau Shanghai Zon Kepulauan, Sekong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia