Utusan Borneo (Sabah)

Tohmahan, serangan tidak gugat jentera Umno: Ahmad Zahid

-

BAGAN SERAI:Jentera Umno tidak tergugat dengan pelbagai tohmahan serta serangan yang dilempar kepada parti kerana mereka mempunyai pegangan serta prinsip kesetiaan yang teguh terutama dalam memenangi hati pengundi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata oleh itu anggota Umno perlu bersatu hati dalam menangani serangan minda termasuk diuji oleh tokoh yang tidak mengenang budi dan menjadi musuh parti.

“Menjadi tanggungja­wab semua pemimpin dan anggota politik untuk memastikan Umno terus relevan dan menjaga parti dengan konsisten.

“Anggota Umno di seluruh negara perlu terus beristiqam­ah dan menterjema­hkan prinsip wala’ demi memperkuku­hkan parti,” katanya ketika merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort di sini pada Sabtu.

Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Faizul Arby Mohd Shohor.

Timbalan Perdana Menteri berkata sejarah membuktika­n pemimpin dan anggota politik yang wala’ terhadap parti akan terus disanjung berbanding pemimpin yang hanya mengejar kedudukan dan jawatan sehingga sanggup bersekongk­ol dengan musuh politik Umno.

“Biarpun dilanda badai yang besar, kalau kita sayang pada parti, kalau taat pada jawatan bukan kedudukan, satu hari Allah akan membalas yang terbaik untuk diri kita, itu balasan wala’ dan taat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden dan menjalanka­n tugas-tugas timbalan presiden Umno meminta anggota parti di Perak supaya terus memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada PRU14.

“Bagaimana kita (Perak) diuji selama 11 bulan (ditadbir pembangkan­g) selepas PRU12 betapa sengsarany­a kita...Tuhan akan uji sekali lagi pada PRU14 yang akan diadakan pada tahun ini atau tahun depan,” katanya. -Bernama

 ??  ?? ZAHID bersama Anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an pada pelancaran ‘Friend of KPDNKK’ peringkat Perak selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Bukit...
ZAHID bersama Anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an pada pelancaran ‘Friend of KPDNKK’ peringkat Perak selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia