Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun johan Pertanding­an Kalam Jamai’e

Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) muncul johan Pertanding­an Kalam Jamai’e Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Dengan kejayaan itu, Kumpulan Kalam Jamai’e SK Sg Bedaun akan mewakili Labuan ke pertanding­an peringkat kebangsaan di Cheras, Kuala Lumpur pada bulan September ini.

Naib johan dimenangi SK Pantai dan tempat ketiga SK Bebuloh.

Seramai 150 murid dan guru dari 17 buah sekolah rendah Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan pertanding­an Kalam Jamai’e anjuran Unit Pendidikan Islam bertemakan ‘Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurn­aan Akhlak’ yang diadakan di Dewan Sri Kadayan, Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Lada, baru-baru ini.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah pertanding­an itu disempurna­kan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam, Mohd Syahir Mohd Yussof yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin.

Menurut Mohd Syahir, dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi, kerajaan komited membangunk­an modal insan yang cemerlang, berkualiti dan memiliki sahsiah yang terpuji.

Katanya, generasi masa depan ini bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan juga dilengkapi dengan nilai-nilai keagamaan yang kukuh.

Dalam konteks ini katanya, pendidikan yang berlandask­an kepada ketetapan Allah SWT melalui al-Quran menjadi teras ke arah melahirkan modal insan yang mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Justeru, penganjura­n pertanding­an Kalam Jamai’e di sekolah-sekolah dilihat sebagai salah satu alternatif menarik minat murid-murid dalam pembelajar­an bahasa Arab yang tidak hanya bertumpu di dalam kelas sahaja.

“Ia merupakan wadah yang terbaik bagi membangunk­an generasi yang cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayata­n terhadap ajaran al-Quran,”katanya.

Selain dapat memupuk minat pelajar dalam bahasa Arab ia juga dapat memartabat­kan bahasa Arab sebagai bahasa al Quran serta melahirkan generasi muslim mukmin yang terpelajar terdidik dan serta beriman, berilmu, beramal soleh dan berperibad­i mulia.

Bagi menjayakan usaha-usaha itu, pihak JPWPL akan terus memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen kepada sekolah-sekolah bagi meningkatk­an lagi kecemerlan­gan pendidikan seterusnya memperkasa aspek modal insan dan sahsiah para pelajar.

“Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi, kerajaan komited membangunk­an modal insan yang cemerlang, berkualiti dan memiliki sahsiah yang terpuji. MOHD SYAHIR MOHD YUSSOF Ketua Unit Pendidikan Islam

 ??  ?? PESERTA dan guru SK Pantai bergambar kenangan bersama Mohd Syahir (tiga dari kiri).
PESERTA dan guru SK Pantai bergambar kenangan bersama Mohd Syahir (tiga dari kiri).
 ??  ?? SK Sg Bedaun muncul johan Pertanding­an Kalam Jamai’e Labuan 2017.
SK Sg Bedaun muncul johan Pertanding­an Kalam Jamai’e Labuan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia