Utusan Borneo (Sabah)

UPM-UCDL, sasar matlamat capai ‘Green Resort’ sepenuhnya

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Resort pelanconga­n Uncle Chang’s Dive Lodge (UCDL) disifatkan sudah bersedia meneruskan inisiatif hijau untuk mencapai matlamat muncul sebagai ‘Green Resort’ sepenuhnya.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata, perkembang­an positif itu hasil pelaksanaa­n Program Pemerkasaa­n Industri (PPI).

“Selepas dua tahun mengikuti program ini, UCDL berhasil menunjukka­n perubahan positif dalam usaha merintis pelanconga­n yang ‘lebih hijau dan mesra alam’,” katanya.

Dr. Aini berkata demikian menerusi kenyataan medianya, sempena majlis perasmian PPI: Inisiatif Go Green yang dijalankan di resort UCDL, Pulau Mabul, di sini pada Jumaat.

Pada majlis itu, pemilik UCDL, Uncle Chang mengumumka­n kesediaan untuk menaja fasa pertama pelaksanaa­n program kerjasama itu selama dua tahun, sebanyak RM96, 000.

Perkara itu dinyatakan­nya sebagai komitmen berterusan UCDL menyokong inisiatif Go Green melalui penyaluran bantuan dari segi kewangan selain lokasi dan tenaga manusia.

Mengulas lanjut, Dr. Aini memuji usaha UCDL sebagai pengusaha pelanconga­n dan penginapan di Mabul semenjak 2006 kerana memiliki iltizam tinggi terhadap amalan pengurusan alam sekitar yang mampan.

“PPI melibatkan kolaborasi Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan serta Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama UCDL.

“Kolaborasi awal melalui Program Pemindahan Ilmu tajaan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia ini memperkena­lkan 10 inisiatif hijau dan sudah dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata, program itu memberikan tumpuan kepada pengurusan sisa organik melalui kaedah pemakultur dan pengurusan sisa bukan organik melalui kaedah kitar semula.

Program ini diketuai Prof Madya Dr. Sridar Ramachandr­an sebagai kesinambun­gan daripada kajian yang sudah dilaksanak­an melalui Geran Penyelidik­an Jangka Panjang.

Berdasarka­n kajian yang dijalankan mendapati, masyarakat di sekitar Mabul bergantung kepada laut untuk menghanyut­kan bahan kumbahan mentah dan sampah.

Ketua Projek, Dr. Sridar percaya pelaksanaa­n PPI berupaya mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap amalan pengurusan sisa berdaya maju di kawasan laut dan pantai.

“Program pemerkasaa­n ini juga menjadi penanda aras yang menunjukka­n pemain industri (UCDL) sudah bersedia untuk mengambil-alih usaha hijau ini daripada pihak universiti.

“Namun kemampanan program ini hanya boleh dilihat jika pemain industri terlibat bergiat aktif secara langsung mengusahak­an inisiatif hijau yang diperkenal­kan,” katanya.

Beliau turut optimis UCDL berpotensi menjimatka­n kos operasi sehingga RM35,000 setahun sekiranya pemain industri itu konsisten melaksanak­an inisiatif-inisiatf terbabit.

Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n Negeri Sabah Awang Zaki pula berkata, usaha yang dijalankan oleh pemain industri terbabit bersama pihak universiti wajar digalakkan.

“Manual On Job Training (OJT) yang dicadangka­n menerusi program ini bukan sahaja akan digunapaka­i oleh operator pelanconga­n di Mabul, tetapi di seluruh Sabah kelak.

“OJT ini boleh menjadi satu garis panduan kepada para pengusaha ke arah pencapaian industri hijau,” katanya semasa berucap merasmikan pelaksanaa­n program berkenaan.

Awang berkata OJT terbabit juga berupaya meringanka­n kerja pihak kerajaan dan membolehka­n para pemain industri untuk beroperasi secara kendiri.

Beliau percaya penglibata­n pemain industri secara ikhlas dan sukarela untuk menjayakan program itu penting ke arah kemampanan alam sekitar.

“Kesinambun­gan ilmu dan pengetahua­n alam hijau bukan sahaja memanfaatk­an industri pelanconga­n, malah warga sekolah, komuniti tempatan dan pelancong,” katanya.

 ??  ?? PENYERAHAN replika cek simbolik sumbangan berjumlah RM96,000 daripada Uncle Chang (lima kiri) kepada Dr. Aini (lima kanan) untuk fasa pertama pelaksanaa­n PPI yang diadakan dengan kerjasama antara UPM dan UCDL. Turut hadir Pengerusi Taman-Taman Sabah...
PENYERAHAN replika cek simbolik sumbangan berjumlah RM96,000 daripada Uncle Chang (lima kiri) kepada Dr. Aini (lima kanan) untuk fasa pertama pelaksanaa­n PPI yang diadakan dengan kerjasama antara UPM dan UCDL. Turut hadir Pengerusi Taman-Taman Sabah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia