Utusan Borneo (Sabah)

Lahir usahawan berdaya saing

Bantuan terhadap PKS dengan prestasi baik mungkin dihentikan

- OlehSURAID­AH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi melahirkan usahawan Perusahaan­Kecil&Sederhana (PKS) yang lebih berdaya saing, kerajaan mungkin akan menghentik­an bantuan kepada usahawan PKS yang menunjukka­n prestasi pertumbuha­n syarikat yang baik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan berkata, langkah sebegitu perlu dilakukan bagi memastikan usahawan PKS yang berada di negeri ini tidak terlalu bergantung dengan bantuan diberikan kerajaan untuk menjadi usahawan yang berjaya.

“Kita risau jika kerajaan terlalu kerap memberi bantuan, usahawan PKS tidak akan menunjukka­n pertumbuha­n yang baik. Bantuan yang diberikan kepada syarikat yang sudah maju itu bolehlah disumbangk­ankepadasy­arikatsyar­ikat baharu dalam industri PKS.

“Kitamahuus­ahawanPKSi­ni memperliha­tkan pertumbuha­n yang lebih tinggi daripada jumlah bantuan yang diberikan. Jika bantuan yang diberikan 10 peratus, mereka perlu mencatatka­n pertumbuha­n hingga 30 peratus,” katanya ketika berucap semasa Majlis Sabah Industry Excellence Award (SIEA) 2016/2017, di sini pada Jumaat.

Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian ini juga berharap industri PKS di Sabah akan terus berkembang melalui pertambaha­n lebih banyak usahawan PKS.

Menurutnya, biarpun keuntungan dicatatkan usahawan PKS tidak besar namun, jika jumlah usahawan PKS meningkat maka, sumbangan industri PKS dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan bertambah.

Pada 2016, jumlah PKS di Sabah berjumlah 51, 000 dan jumlah itu mewakili 6.3 peratus jumlah daripada 645, 136 PKS di seluruh Malaysia. Sebanyak 98 peratus daripada bidang perniagaan di Sabah terdiri daripada sektor PKS.

Dalam pada itu, beliau juga menyaranka­n usahawan PKS supaya memanfaatk­an teknologi yang ada untuk memasarkan produk masingmasi­ng.

“Pada masa kini kebanyakan aktiviti perniagaan beralih kepada pemasaran online. Oleh itu usahawan harus beralih kepada pemasaran online dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pemasaran secara konvension­al,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an supaya lebih banyak anugerah diperkenal­kan termasuk untuk usahawan yang baharu memulakan perniagaan dan menunjukka­n potensi yang baik.

Antara penerima anugerah dalam majlis itu adalah Tomher Industrial Sdn Bhd bagi kategori syarikat tempatan dengan jualan tahunan lebih RM 25juta hingga RM 100 juta; Sabah Internatio­nal Dairies Sdn Bhd bagi kategori syarikat tempatan dengan jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM 25juta; Indahmanis Label Sticker & Packaging Sdn Bhd untuk kategori syarikat tempatan dengan jualan tahunan dibawah RM 10juta; serta Kebun Rimau Sdn Bhd (Syarikat tempatan dengan jualan tahunan dibawah RM 5juta).

Syarikat Creamos (Malaysia) Sdn Bhd pula dipilih sebagai penerima Anugerah Syarikat Harapan.

“Langkah sebegitu perlu dilakukan bagi memastikan usahawan PKS yang berada di negeri ini tidak terlalu bergantung dengan bantuan diberikan kerajaan untuk menjadi usahawan yang berjaya. RAYMOND TAN Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima

 ??  ?? RAYMOND (tiga kanan) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Hashim Paijan (empat kiri) bergambar dengan semua penerima Sabah Industrial Excellence Award 2016/2017.
RAYMOND (tiga kanan) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Hashim Paijan (empat kiri) bergambar dengan semua penerima Sabah Industrial Excellence Award 2016/2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia