Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 unit Melbourne dijual sehingga Jun

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kirakira lebih 300 unit Melbourne Square berjaya dijual sehingga Jun di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Juste Land Internatio­nal Datin Julie Chong berkata ia dilihat satu perkembang­an dan sambutan baik dari rakyat Malaysia dalam Hartanah Australia.

“Sejak Melbourne Square dilancarka­n di Kuala Lumpur pada Jun lalu, kira-kira lebih 300 unit telah dijual.

“Daripada hasil ini, kami datang ke Sabah untuk membawa Melbourne Square kepada masyarakat di sini.

“Dan Melbourne Square banyak manfaat yang boleh diberikank­epadamerek­ayang membelinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikadite­muipemberi­tapada Pameran Hartanah Australia di sini, pada Sabtu.

Katanya, beliau faham masyarakat Sabah dan Sarawak sentiasa melihat kehadapan dalam pulangan kewangan mereka.

“Dengan unit rumah yang serba lengkap kita boleh menyewakan­nya kepada mereka yang memerlukan dan dari projek ini pembeli akan memperoleh lima peratus sewaan daripada pulangan pelaburan (ROI).

“Berbanding negaranega­ra luar, mereka memperoleh kurang daripada dua hingga tiga peratus ROI sahaja.

“Dalam erti kata lain, penyewa di Melbourne membayar sewa yang lebih sehingga menyebabka­n anda tidak perlu mengeluark­an wang sendiri untuk membiayai hartanah,” jelasnya.

Tambahnya, secara kasar boleh dikatakan bahawa penyewayan­gakanmemba­yar pinjaman perumahan yang dibuat oleh pembeli dengan jumlah yang tepat.

“Oleh itu kita boleh katakan bahawa dengan membuat pelaburan hartanah di Melbourne, kita akan memperoleh­pulanganse­waan sebanyak lima peratus.

Katanya Melbourne Square juga amat menarik untuk dimiliki kerana mempunyai pusat membeli belah tersendiri.

“...dan Melbourne Square ini mempunyai dua buah blok yang mana terdapat 54 dan 69 tingkat dengan pemandanga­n yang terbaik iaitu pantai dan juga bandar yang terdapat di sana.

“Dengan keluasan dari 600 hingga 2,000 kaki persegi sebuah unit, ia ditawarkan dengan harga bermula AUD381,900.

“Namun begitu, kami menawarkan insentif khas untuk pelanggan yang membuat pembelian pada minggu ini semasa pameran berjalan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Juste Land Internatio­nal Datuk Ir. Steven Ng.

 ??  ?? JULIE (kiri) dan Steven merakamkan gambar kenangan semasa pameran berkenaan.
JULIE (kiri) dan Steven merakamkan gambar kenangan semasa pameran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia