Utusan Borneo (Sabah)

SugarBun lancar The Swinger Combo 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Restoran SugarBun melancarka­n produk baharu mereka iaitu The Swinger Combo dengan tawaran terhad selama sebulan bermula 15 Ogos hingga 15 September depan.

Pengurus Pemasaran SugarBun Jason Ho berkata, hidangan berkenaan yang didatangka­n khas dengan Burger SugarBun diperbuat seratus peratus daripada ayam yang dimasak mengunakan fillet berperisa khas.

“Kemudian, adunan pedas isi ayam menambahka­n lagi kenikmatan dan kerangupan ketika pelanggan kami merasai sendiri hidangan combo ini.

“Selain itu, penambahan salad mayo dan cheesy bersama-sama dengan keju tambahan, menjadikan­nya lebih menambat selera dengan bentuk roti yang dipenuhi biji sesame,” katanya pada pelancaran berkenaaan di sini pada Sabtu.

Bagi menambahka­n lagi selera, Jason berkata set combo itu turut menawarkan SugarBun’s Swinger Fries dengan tagline ‘Great Fry American Fries’.

Katanya, fries yang dihidangka­n turut memiliki bentuk unik yang tersendiri yang memiliki persamaan seperti potongan fries Amerika pastinya memikat selera.

Bagi melengkapk­an Swinger Combo, pelanggan turut dihidangka­n dengan minuman EST Cola dengan setiap combo berharga RM13.99.

Hidangan Swinger Combo boleh didapati mana-mana cawangan Restoran SugarBun di seluruh Malaysia kecuali cawangan yamg berada di lapangan terbang.

Di Sabah sahaja, restoran SugarBun mempunyai empat cawangan iaitu di Putatan, Kota Belud, Jalan Gaya Street, Metrotown, dan sebuah lagi terletakdi­WilayahPer­sekutuan Labuan.

Sebarang maklumat boleh melayari terus di media sosial Facebook (SugarbunRe­staurant) atau Instagram untuk mendapatka­n informasi terkini, promosi, aktiviti dan banyak lagi.

 ??  ?? JASON (kiri) bersama kakitangan Restoran SugarBun merakam gambar kenangan sempena pelancaran The Swinger Combo 2017.
JASON (kiri) bersama kakitangan Restoran SugarBun merakam gambar kenangan sempena pelancaran The Swinger Combo 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia