Utusan Borneo (Sabah)

SMK Pantai johan memasak

Wakili Labuan ke peringkat kebangsaan di Kota Baharu 1-3 Oktober

-

“Program tahunan KPM itu merupakan satu usaha mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan di samping membantu meningkatk­an kemahiran mereka dalam bidang berkenaan. RAISIN SAIDIN Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan.

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai muncul johan Pertanding­an Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Dengan kejayaan itu, SMK Pantaiyang­jugajuarab­ertahan akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan di Kota Baharu, Kelantan pada 1-3 Oktober.

SMK Pantai yang diwakili Evania Liew Hui Chin (Tingkatan 1), Siti Zuraida Mohd Effendi Male (Tingkatan 2) dan Fazira Rundang (Tingkatan 3) menerima RM750, sijil, medal, trofi dan hamper.

Mereka diiringi dua guru iaitu Amisah Martin dan Nor Rozilawati Moktar.

Naib johan SMK Labuan dan ketiga SMK Mutiara.

Pertanding­an yang bertemakan Menu Sihat ‘Sajian Sihat Klasik Malaysia’ itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin.

Manakala majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Mohamed Al-Ghaffar Mohamed Maidin.

Turut hadir Ketua Unit Kokurikulu­m Subari Dwar, Pengurus (Sabah dan Brunei) Nestle Products Sdn Bhd Quek Teng Hiong, Pegawai Perancanga­n Maggi Shahrul Othman dan Chef Executive Nestle Abdul Muluk.

Pertanding­an Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Labuan 2017 dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan ditaja Nestle Products Sdn Bhd diadakan di Pusat Kokurikulu­m Negeri.

Dalam ucapannya, Raisin berharap menerusi pertanding­an ini dapat melahirkan generasi muda yang berbakat di dalam bidang kulinari.

Katanya, program tahunan KPM itu merupakan satu usaha mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan di samping membantu meningkatk­an kemahiran mereka dalam bidang berkenaan.

Pada masa kini, mempunyai kemahiranm­emasakmemb­eri keuntungan yang lumayan kepada individu, maka sebaiknya pada usia remaja ini, kemahiran memasak perlulah didedahkan dengan menggunaka­n kreativiti sedia ada.

Raisin berkata, pencapaian anak-anak murid Labuan di peringkat kebangsaan juga amat membanggak­an di mana pada 2002, SM St Anne mendapat johan.

Pada 2006, SMK Labuan menduduki tempat ketiga, 2010 SMK Pantai naib johan dan sekali lagi SMK Pantai muncul johan pada 2012.

Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah Maggi, yang disokong oleh Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri, memberi peluang kepada beribu-ribu murid sekolah untuk menyertai pertanding­an memasak di negeri dan kebangsaan, diharap akan terus berbuat demikian pada masa mendatang.

Sementara itu, Pengetua SMK Pantai Sahar Misron berharap pasukan sekolah itu akan mengulangi kejayaan muncul johan pertanding­an memasak peringkat kebangsaan pada 2012.

“Latihan lebih kerap akan terus diadakan bagi memastikan SMK Pantai mampu memberikan persembaha­n terbaik di peringkat kebangsaan sekaligus mengulangi kejayaan pada 2012,”katanya selepas menyerahka­n insentif kepada pasukan memasak SMK Pantai, kelmarin.

 ??  ?? RAISIN (duduk, lima kiri) bersama pelajar yang menyertai Pertanding­an Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.
RAISIN (duduk, lima kiri) bersama pelajar yang menyertai Pertanding­an Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia