Utusan Borneo (Sabah)

31 pelajar sertai seminar menjawab kertas BM SPM

-

KENINGAU: Seramai 31 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini telah menyertai Seminar Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu (BM) SPM yang diadakan di Dewan Haji Gusman Kampung (Kg.) Panagatan Ulu, di sini.

Seminar itu dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung itu dan dikelolaka­n oleh Unit BM Kolej Vokasional Keningau.

Pengerusi KRT kampung itu Ramian Ayub berharap semogausah­ayangdilak­ukan dapat membantu pelajar bagi mengukuhka­n kefahamana­n kepada mata pelajaran BM dan secara langsung mampu menjawab soalan dengan teknik yang betul.

Katanya, tujuan seminar itu adalah bagi memudahkan para pelajar yang menduduki peperiksaa­n tahun ini menjawab soalan mata pelajaran BM dengan lebih yakin dan konsisten.

“Saya juga menasihat kepada para pelajar yang mengikuti seminar ini agar dapat memanfaatk­an segala ilmu dan pengalaman yang diberikan oleh penceremah seminar ini agar mereka cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya.

Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Keningau Norhayati Hasyim berkata, program khidmat masyarakat Unit BM kolej itu adalah yang pertama diadakan pada tahun ini.

Beliau berharap pada masa akan datang ianya akan lebih diperluask­an mengikuti keperluan semasa.

“Saya juga berharap para pelajar yang mengikuti seminar ini lebih yakin untuk menghadapi peperiksaa­n SPM pada penghujung tahun ini,” katanya.

Norhayati turut dibantu oleh beberapa orang kakitangan daripada unit itu semasa menggendal­ikan seminar itu.

 ??  ?? NORHAYATI (tengah), Ramian (dua kiri) dan kakitangan dari unit BM Kolej Vokasional Keningau bergambar bersama-sama dengan para pelajar yang menyertai seminar itu.
NORHAYATI (tengah), Ramian (dua kiri) dan kakitangan dari unit BM Kolej Vokasional Keningau bergambar bersama-sama dengan para pelajar yang menyertai seminar itu.
 ??  ?? PARA pelajar sedang menjawab soalan-soalan BM pada seminar itu.
PARA pelajar sedang menjawab soalan-soalan BM pada seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia