Utusan Borneo (Sabah)

Alice hasilkan single duet ‘Iziau’

Kolaborasi bersama penyanyi baharu

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

AKTIF dalam menghasilk­an lagu KadazanDus­un, Alice Marius bakal terbitkan single duet bergenre slow rock bertajuk ‘Iziau’ kolaborasi bersama artis baharu Fero Minus. Masih dalam proses rakaman, lagu tersebut bakal menembusi corong radio tempatan sekitar Sabah pada September.

Selain ‘Koupusanku’, beliau juga popular dengan lagu ‘Gompizo Bavang Tokou’, ‘Tambahatku’ dan ‘Piginavaan Dii Toomis’. ‘Piginavaan Toh’ lagu baharu daripadany­a memasuki Juara Carta Lagu Kadazan Musim 7.

Menceburi bidang nyanyian sejak zaman persekolah­an, anak kelahiran Inanam ini pernah mewakili sekolah dalam Pertanding­an Nyanyian Bintang Kecil. Di usia 19, Alice seringkali mengikuti pelbagai aktiviti nyanyian seperti mengikuti Band Kugiran kelolaan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, program TV “Penghibur Minggu Ini” dan “Konsert Bergerak RTM”.

Pada tahun 2003, Alice merangkul johan keseluruha­n melalui pertaruhan lagu ‘Nokoikot Noh Monombuhui’ dan ‘Mugad Mongomot’ dalam Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri.

Beliau juga mencipta lagu finalis Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012-2013 menerusi lagu ‘Piginavaan Di Natahup’ nyanyian Cathy Woritus dan ‘Oi Apa’ nyanyian Jacklyn Liew.

Lagu ‘Gompizo Bavang Tokou’ ciptaan beliau muncul seagai juara dalam pertanding­an mencipta lagu sempena “Hari Sungai Sedunia” anjuran C.L.E.A.R pada tahun 2012. Memenangi Anugerah Lirik Terbaik dalam pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Musim 6 menerusi lagu ‘Oi Ina’ nyanyian Wester Maljos. Beberapa lagu beliau juga dimuatkan dalam album kompilasi terbitan Pusakag Studio Termasuk Tohipoi 1, THK Album Krismas, THK Album 1, Rombituon UPKO Vol 1 & Vol 2, Bavang Tovud Koposizon dan Pusakag Krismas 2016.

Penyanyi dan komposer lagu tempatan ini mula berjinak dalam bidang pengacaraa­n dan diberi kepercayaa­n untuk mengacara Pertanding­an Sugandoi tahun ini. Usahanya dalam mewarnai industri seni Sabah dari awal penglibata­nnya seawal tahun 1995 kekal hingga hari ini. Beliau mengharapk­an respon positif daripada penggemar lagu-lagu tempatan menerusi single duetnya yang bakal diterbitka­n kelak.

 ??  ?? ALICE bersama Anna Stanislaus (tengah) dan Wester Maljos semasa memenangi Anugerah Lirik Terbaik mengikuti pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Musim 6.
ALICE bersama Anna Stanislaus (tengah) dan Wester Maljos semasa memenangi Anugerah Lirik Terbaik mengikuti pertanding­an Juara Carta Lagu Kadazan Musim 6.
 ??  ?? DARI kiri, Alice bersama Fero Minus dan Rose Disull (Finalis UPKO 2017).
DARI kiri, Alice bersama Fero Minus dan Rose Disull (Finalis UPKO 2017).
 ??  ?? ALICE bersama Gedion Hilarius menjadi pengacara majlis.
ALICE bersama Gedion Hilarius menjadi pengacara majlis.
 ??  ?? ALICE Marius penyanyi, komposer dan penulis lirik.
ALICE Marius penyanyi, komposer dan penulis lirik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia